TUJUH tahun berkahwin, pelakon Fattah Amin masih mendapat layanan istimewa daripada Nur Fazura sehingga dia sentiasa rasa dihargai sebagai seorang suami. Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 33, berkata, dia sangat menyayangi aktres itu malah sentiasa terinspirasi dengan sikap Fazura yang disifatkan sebagai pemurah. "Sudah tujuh tahun dengan dia. Saya memang sangat sayangkannya kerana dia suka menghargai suami... Bukan saya sahaja tetapi orang sekelilingnya. Fazura dan Fattah berkahwin pada 2017. "Paling saya terharu adalah sikap pemurah isteri saya sehingga saya sangat terinspirasi dengan perkara itu. "Dia juga sangat ikhlas melakukan segala benda tanpa mengharapkan apa-apa balasan," katanya. Fattah berkongsi perkara itu menerusi satu temu bual bersama Pa&Ma yang dimuat naik di saluran YouTube. Kenyataan itu muncuri perhatian ramai sekali gus menghentikan pelbagai spekulasi yang timbul melibatkan pasangan berkenaan sejak kebelakangan ini. ARTIKEL BERKAITAN: Fazura respon pertanyaan mana Fattah Amin, pilih tak kongsi hal peribadi - “Ada di rumah” ARTIKEL BERKAITAN: Foto Fazura dan anak ‘wallpaper’ telefon, keluarga nombor satu buat Fattah Amin Dalam pada itu, Fattah juga mengakui kagum dengan pengorbanan Fazura dalam menjalankan tugas sebagai isteri dan ibu kepada anaknya. Kata Fattah, Fazura sentiasa ingin memberikan yang terbaik buat keluarga membuatkannya dia sangat menyayangi isterinya itu. "Sebagai suami, saya nampak banyak pengorbanan dia sebagai isteri dalam keluarga. Kalau ikutkan dia boleh sahaja duduk di rumah manakala saya bekerja. "Namun dia sama-sama bangunkan perniagaan sekali gus membesarkan anak kami Fatima. Itu pengorbanan seorang isteri yang buat saya lagi cintakannya sampai sekarang. Fattah menyifatkan Fazura wanita sukar dicari. "Kalau makan pun dia tidak pernah biarkan saya sendukkan nasi atau tuang air sendiri. Itu yang buatkan saya rasa dia ‘one in a million’ (satu dalam sejuta). "Saya sangat bertuah memiliki Fazura sebagai isteri. Dia buat sesuatu lebih daripada apa sepatutnya. Itu yang buatkan saya hargai," kongsinya. Untuk rekod, Fazura dan Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 33, mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!