suria

Nama mula di puncak... Aisha Retno kecewa ada rakan industri mula jauhkan diri, tunjuk sikap dengki

Kejayaan Aisha didakwa menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakan industri.

KETIKA kerjaya seni semakin berkembang baik, penyanyi Aisha Retno tidak menafikan ada rakan dalam industri seakan-akan kurang senang melihat pencapaiannya.

Menurut Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 24, dia berasa kecewa dengan perubahan sikap seorang rakan artis senior yang dilihat cuba menjauhkan diri secara tiba-tiba.

"Saya tidak tertekan dengan netizen kerana sudah biasa menghadapi mereka tetapi saya agak kecewa dengan rakan industri yang cuba menunjukkan sikap kedengkian.

"Kelakuan mereka (rakan industri) tidak berlaku secara terang-terangan tetapi saya boleh tahu dan rasa niat sebenar mereka.

Aisha terus memberi fokus terhadap kerjaya nyanyian dan enggan berfikiran negatif.

Aisha terus memberi fokus terhadap kerjaya nyanyian dan enggan berfikiran negatif.

"Saya boleh rasa perubahan itu, ada yang cuba menjauhkan diri," katanya kepada mStar.

Aisha berkongsi perkara itu menerusi sidang media peringkat akhir The Hardest Singing Show (THSS) yang diadakan di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur pada malam Ahad.

Dalam pada itu, Aisha memberitahu dia sebenarnya tidak suka untuk melayan 'drama' kerana bimbang diri hilang fokus lebih-lebih lagi ketika ini sedang bersaing dalam program The Hardest Singing Show (THSS).

"Mungkin ada segelintir orang yang lebih suka untuk menjauhkan diri. Saya kurang gemar dengan drama-drama ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Video pelat Leona bawa tuah, tontonan 'Ketipak Ketipung Raya' Aisha Retno naik mencanak

ARTIKEL BERKAITAN: Dipuji pandai mengaji, Aisha Retno belajar taranum dan khatam al-Quran semasa di bangku sekolah

"Apa yang saya alami ialah kesakitan daripada segi mental dan fizikal tetapi ia juga mungkin disebabkan keletihan. Namun saya memang dapat rasakan perubahan dalam diri.

"Bila ada anasir negatif ini datang, sudah tentu saya tertekan tetapi mujur saya mempunyai team yang boleh melarikan tumpuan saya untuk memikirkan tentang perkara itu," ujarnya.

Apa yang membuatkan dia lebih kesal apabila individu dimaksudkan itu pernah menjadi idolanya dalam industri seni.

"Secara peribadi saya agak terkejut rupa-rupanya tidak semua orang mempunyai sifat yang baik.

"Saya terkilan dan kecewa sebab saya pernah mengidolakan mereka ketika mula masuk industri.

Aisha (tengah) merupakan pemenang tempat ketiga THSS.

Aisha (tengah) merupakan pemenang tempat keempat THSS.

"Insya-Allah saya sudah dipagari dengan ibu dan bapa yang memberikan didikan agamanya cukup," katanya.

Bercakap mengenai kemenangannya merangkul tempat keempat dalam THSS, Aisha memberitahu dia bersyukur dan berpuas hati dengan keputusan yang diberi dan menganggap Aepul Roza memang selayaknya untuk bergelar juara.

"Saya memang puas hati dengan persembahan final. Banyak yang telah saya buktikan menerusi pertandingan ini.

"Semua finalis ini hebat-hebat belaka dan Aepul Roza memang layak jadi juara," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain