suria

Sharifah Husna sakit kaki, Halim Rodzi berjalan dalam pusat beli-belah pakai ‘heels’ isteri

Husna tersentuh melihat kerelaan hati suaminya memakai kasut tumit tinggi.

GELAGAT pelakon Halim Radzi memakai kasut tumit tinggi kepunyaan isterinya iaitu aktres Sharifah Husna mencuri perhatian ramai.

Menerusi satu hantaran video, Halim atau Abdul Halim Radzi Sapari, 28, dilihat sanggup bertukar kasut kerana isterinya mengalami sakit kaki ketika berkunjung ke sebuah pusat beli-belah.

Tersentuh melihat pengorbanan Halim, Husna atau Sharifah Husna Syed Feizal, 32, berterima kasih dengan kesanggupan suaminya memakai kasut tumit tinggi berkenaan.

Copy of Untitled - 2024-07-18T130431.152

Perkongsian itu dibuat oleh Husna menerusi hantaran di TikTok.

"Kaki saya sakit pakai kasut tinggi, suami sedia membantu.

"Terima kasih sudi tukar kasut dengan saya," katanya.

Husna berkongsi perkara itu menerusi hantaran video di akaun TikTok miliknya pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Husna nekad tinggalkan bidang perubatan, kejar impian dunia seni - “Biarlah apa orang nak cakap”

ARTIKEL BERKAITAN: Halim Radzi sudah jadi suami Sharifah Husna, gementar sampai keluar air mata dinikahkan bapa mentua

Sementara itu, rata-rata netizen di ruangan komen kagum melihat aksi Halim berjalan memakai kasut tersebut tanpa rasa malu.

"Bagus suami sanggup nak tolong, untung betul!

"Suami saya bukan kata pakai, nak tengok pun dia tak nak," komen netizen.

Untuk rekod, Halim dan Husna mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2022 dalam sebuah majlis yang berlangsung di Kajang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain