suria

Enggan lagi sertai sebarang pertandingan di Malaysia... Aishah pernah disantau, perut membusung

Aishah pernah menderita akibat disantau.

EMPAT dekad membabitkan diri dalam industri hiburan, penyanyi Datuk Aishah mendedahkan pernah menderita disebabkan perbuatan syirik.

Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 59, berkata, dia pernah menanggung sakit akibat disantau selain pendarahan selama berbulan-bulan dan perutnya membusung.

"Ikutkan pengalaman memang pernah mengalami perbuatan syirik dan saya menderita disebabkan perkara itu.

aishah2 - 1

Aishah pernah menangung kesakitan akibat disantau.

"Tapi itulah benda ini tak membuatkan saya masuk ICU kan? Jadi bila saya cakap fasal perkara mistik, orang ramai akan cakap tak betul.

"Apa sahaja penyakit yang saya tak pernah rasa? Santau, busung, turun darah berbulan-bulan. Itu semua saya dan rasa sejak umur 16 tahun lagi.

"Tapi Allah tunjukkan orang buat macam mana pun masih belum ‘masa’ saya lagi," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Kesal dihina pengacara tua kaki carut, Aishah beri kata dua... Padam hantaran atau berdepan saman!

ARTIKEL BERKAITAN: Aishah datang nak sita barang tapi rumah Amir Pearl dah kosong... "You all nak lari mana?"

Aishah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada acara makan tengah hari yang diadakan pada petang Khamis.

Berkongsi lebih lanjut mengenai penderitaannya, Aishah berkata, dia jarang bercakap perkara itu secara terbuka kerana tidak mahu dianggap cuba meraih simpati.

Perkara itu juga membuatkan dia enggan lagi menyertai apa-apa pertandingan di dalam negara.

Apa sahaja penyakit yang saya tak pernah rasa? Santau, busung, turun darah berbulan-bulan.

DATUK AISHAH

PENYANYI

"Kalau cerita ada pula kata 'alah dah kalah, terima sajalah'. Benda ini pula tak ada sijil atau bukti nak cakap perbuatan sihir.

"Nak cerita lebih-lebih pun susah. Cuma kadang-kadang bila kita bercerita ada yang tak percaya. Ada pula bersikap sinis," katanya.

Sementara itu, Aishah berharap mana-mana pihak menyertai sesuatu pertandingan bersaing secara sihat dan bukannya menggunakan ilmu hitam demi mendapatkan kemenangan.

aishah1 - 1

Aishah tidak lagi akan menyertai pertandingan di Malaysia.

"Sebenarnya kita kena ubah mentaliti. Kita sudah maju, negara kita pun ada bangunan antara paling tinggi di dunia tetapi mentaliti kita masih di belakang.

"Bila masuk pertandingan, bertandinglah secara sihat dengan kebolehan dan bakat yang Allah kurniakan.

"Kita kena yakin dengan diri sendiri. Apabila bercampuk aduk dengan benda-benda begini saya pun jadi letih," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain