suria

Leona makin langsing! ‘Double chin’ hilang sebab suntikan, upah jurulatih peribadi kuruskan badan

Leona tidak berahsia tentang rahsia penurunan berat badan.

TAMPIL dengan bentuk tubuh lebih langsing, perubahan pempengaruh media sosial Kasih Iris Leona bukan disebabkan tidak tahan dengan komen jahat netizen tentang berat badannya.

Leona, 22, sebaliknya menjelaskan dia melalui proses penurunan berat badan disebabkan kehendak diri sendiri yang ingin mendapatkan penampilan lebih menarik.

"Saya ingin jelaskan saya tidak melakukan ini semua kerana menerima komen-komen negatif.

"Sebaliknya perubahan ini adalah atas kehendak diri sendiri untuk penampilan lebih baik," katanya.

Leona sedang berusaha untuk mendapatkan berat badan yang ideal.

Leona sedang berusaha untuk mendapatkan berat badan yang ideal.

Leona berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya pada Khamis.

Bercerita mengenai perjalanan menguruskan badan, Leona tanpa berselindung memberitahu dia mengupah jurulatih peribadi bagi membantunya dalam aktiviti senaman.

Tidak hanya itu, Leona mengakui mengambil suntikan pada bahagian dagu bagi membuang lemak pada bahagian tersebut.

"Ya, saya pergi ke gim. saya ada jurulatih peribadi yang merancang latihan kecergasan untuk saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kasih Leona annoying dikatakan ada sakit tiroid, dah 2 kali buat 'check-up'... "Yang tebal itu lemak"

ARTIKEL BERKAITAN: Pakai selempang 'bride to be', pengikut tak terpedaya usikan Leona - "Nak percaya pun serba salah"

"Terima kasih juga kepada doktor saya kerana dagu berlapis (double chin) ini tidak akan hilang dengan sendiri.

"Saya pergi ke klinik dan buat suntikan. Sebab itu dagu berlapis saya cepat hilang hanya dalam tempoh dua minggu. Kesannya sangat pantas!," jelasnya.

Bagaimanapun Leona meminta sesiapa yang ingin melakukan apa-apa prosedur kecantikan agar mencari doktor bertauliah agar tidak timbul sebarang masalah.

"Jika anda ingin melakukan sesuatu kepada tubuh anda, pastikan doktor anda seorang yang profesional.

leona3 - 1

Leona menjaga pemakanan dan melakukan latihan kecergasan.

"Jangan pergi klinik sembarangan sebab anda mungkin berdepan dengan komplikasi. Jadi tolonglah pilih klinik dan doktor yang benar-benar bertauliah," ujarnya.

Tidak hanya melakukan latihan kecergasan dan suntikan, Leona memaklumkan perkara paling penting dalam proses penurunan berat badan adalah dengan menjaga pemakanan.

Meskipun belum berpuas hati dengan penampilan sekarang, Leona bersyukur kerana dia sudah hampir untuk mendapat berat badan ideal.

"Selain pergi gim dan menerima suntikan di klinik, saya juga menjaga pemakanan kerana pemilihan makanan memainkan peranan penting dalam penurunan berat badan.

"Tapi apa pun setiap orang mempunyai bentuk badan yang berbeza, tolong jangan bandingkan diri anda dengan saya.

Leona dipuji semakin kurus.

Leona dipuji semakin kurus.

"Sekarang saya masih belum berpuas hati dengan bentuk badan saya tetapi saya sudah hampir mendapatkannya," katanya.

Sebelum ini, Leona dipuji netizen selepas dilihat semakin kurus menerusi sebuah video yang dikongsi di aplikasi TikTok.

Dalam perkongsian dibuat, Leona menggayakan gaun labuh sewaktu menghadiri sebuah majlis perkahwinan.

Rata-rata netizen memuji perubahan Leona yang dilihat sudah semakin kurus.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain