PENYANYI Azharina memaklumkan bapanya iaitu Azhar M. Y Ahmad meninggal dunia pada pukul 1.59 tengah hari Khamis akibat serangan jantung. Azharina, 39, berkongsi berita sedih itu menerusi hantaran di Instagram miliknya dan memberitahu jenazah Allahyarham bapanya akan dibawa ke Masjid Likas Kota Kinabalu, Sabah untuk diuruskan sebelum dikebumikan. "Assalamualaikum, abah Nina (panggilan Azharina) baru sahaja menghembuskan nafas terakhir. Azharina memaklumkan bapanya sudah meninggal dunia. "Nina mohon semua orang sedekahkan Al-Fatihah buat abah Nina," katanya. Azharina berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. Dalam pada itu, Azharina memberitahu dia dan adiknya sempat membawa bapa mereka ke hospital selepas mendapat serangan jantung. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Penyakit misteri akhirnya terjawab, Azharina sahkan hidap kanser ARTIKEL BERKAITAN: Sakit kanser bukan alasan Azharina duduk diam tak keluar cari rezeki, kuatkan diri fikir positif Kata Azharina, bapanya menerima rawatan di unit rawatan intensif (ICU) dan doktor mengesahkan organ-organ lain juga sudah tidak berfungsi. "Saya dan adik bawa abah terus ke hospital semalam. Dia tidak boleh bergerak. Doktor terus bawanya ke ICU. Organ bapa yang lain turut tidak berfungsi," ujarnya. Untuk info, bapa Azharina sebelum ini pernah melakukan pembedahan jantung dan kerap dimasukkan ke ICU akibat berdepan pelbagai komplikasi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!