suria

Individu tuduh tak bayar gaji pekerja, Intan Najuwa beri 24 jam bersemuka atau berdepan tindakan

Intan beri peluang untuk bersemuka dengannya.

PELAKON Datin Intan Najuwa memberi tempoh 24 jam kepada seorang individu untuk bersemuka dengannya selepas mendakwa dia tidak membayar gaji pekerja.

Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, berkata, sekiranya individu tersebut gagal berbuat demikian dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Pelakon berkenaan turut mendedahkan wajah lelaki yang membuat tuduhan tersebut di Instagram miliknya.

"Inilah lelaki yang cari fasal dengan saya. Mari, saya nak berjumpa dengan awak sebab saya pun tak kenal awak.

intan2 - 1

Intan beri tempoh 24 jam untuk bersemuka.

"Saya beri awak masa 24 jam untuk berdepan dengan saya, kalau tidak saya akan ambil tindakan undang-undang.

"Saya tak takut sebab kebanyakan pekerja sahaja yang buat fasal dengan saya," katanya.

Intan berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada petang Khamis.

Menerusi perkongsian tersebut, Intan turut memuat naik tangkap layar komen ditinggalkan seorang lelaki yang mengingatkan aktres berkenaan agar tidak lupa membayar gaji pekerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal bertiga, Intan Najuwa hamil anak sulung

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai 'bitter' Intan Najuwa mahu berehat fokus rumah tangga, wajib taat permintaan suami

Dalam pada itu, Intan menafikan dakwaan tersebut dan berkata dia tidak mempunyai sebarang hutang terhadap mana-mana individu sebaliknya orang lain yang berhutang dengannya.

Kata Intan, dia tidak pernah gagal membayar gaji pekerja malah sentiasa menjaga kebajikan mereka termasuk memberi bonus.

"Spill the tea please, saya pun tertanya-tanya. Maaf ya, saya tak ada hutang duit orang. Orang hutang saya sahaja ramai.

"Semua pekerja yang kerja dengan saya dapat gaji siap bonus lagi. Jadi kalau setakat nak burukkan nama saya beringat sikit. Cari fasal dengan saya dan awak akan menyesal," ujarnya.

Berkongsi lanjut tentang perkara itu, Intan memberitahu tidak timbul isu berkaitan dia tidak membayar gaji pekerja melainkan mereka tidak melakukan tugas dengan amanah.

intan1 - 1

Intan menjelaskan tidak pernah culas membayar gaji pekerja.

Pelakon drama Pink Smile ini mendedahkan dia sebelum ini pernah berdepan dengan beberapa pekerjanya yang bermasalah termasuk mencuri namun tidak tergamak membuat laporan polis.

"Siapa pula pekerja yang saya tak bayar gaji ni melainkan kalau dia tak buat kerja, memang saya buang terus.

"Pekerja songlap (curi) duit saya ada lah, curi duit dari ATM pun ada. Cuma kita ni malas nak berdendam tak buat laporan polis pun.

"Yang makan gaji buta pun ada. Pekerja yang buat kerja macam budak tadika selepas itu tiba-tiba minta macam-macam pun ada," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain