suria

[V] Bukan niat putus silaturahim, Bella Astillah ada sebab larang keluarga Aliff Aziz berhubung dengan anak-anak

PELAKON dan penyanyi Bella Astillah mempunyai sebab tersendiri tidak membenarkan keluarga bekas suaminya berhubung dengan anak-anaknya.

Bella atau Dayang Ara Nabella Awang Astillah, 30, berkata, keluarga bekas mentuanya juga sedia maklum tentang alasan dia berbuat demikian.

Bagaimanapun kata Bella, dia tidak berniat memutuskan ikatan kekeluargaan di antara anak-anak dan keluarga di Singapura namun sedang menanti waktu bersesuaian.

bella1 - 1

Bella ada sebab sendiri belum benarkan anak-anak berhubung dengan keluarga bekas suami.

“Buat masa ini nak kena sejukkan hati keluarga masing-masing, banyak benda perlu lalui terutama apa yang ibu dan bapa saya rasa.

“Sebenarnya pihak sana (bekas mentua) tahu apa isunya dan tak perlu saya ungkap lebih lanjut.

“Ia makan masa tapi slowly but surely, cuma bukan dalam masa terdekat,” katanya kepada mStar.

Bella menjelaskan perkara itu ketika ditemui pada sidang media Konsert Jiwa Malaysia 2024 di Pavillion Bukit Jalil, Selangor pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz sertai tabligh di Singapura, Bella Astillah doa terbaik buat bekas suami

ARTIKEL BERKAITAN: Reda menerima takdir... Bella Astillah kongsi keadaan terkini, lebih tenang bahagia bersama anak-anak

Menurut Bella, dia bukan mahu menyekat bekas mentuanya menghubungi cucu-cucu mereka, sebaliknya ada insiden yang membuatkan penyanyi itu bersikap sedemikian.

Jelas Bella, dia tidak mahu anak lelakinya iaitu Ayden keliru dengan apa akan diperkatakan oleh keluarga bekas suaminya iaitu Aliff Aziz.

Malah insiden ketika membuat panggilan video pada sambutan Aidilfitri lalu membuatkan dia lebih berhati-hati.

“Saya bukan nak larang cuma tidak mahu Ayden jadi keliru.

Sebenarnya pihak sana (bekas mentua) tahu apa isunya dan tak perlu saya ungkap lebih lanjut.

BELLA ASTILLAH

PELAKON DAN PENYANYI

“Pernah masa hari raya Aidilfitri ada buat panggilan secara video bersama pihak sana tapi mereka cakap kasihan lihat wajah Ayden seperti tertekan dan risau, mesti dia risaukan daddy dia (Aliff).

“Sebenarnya tak pun, jadi ayat-ayat macam itu yang buatkan anak-anak keliru... Semenjak kejadian tu saya memang tapis,” jelasnya.

Sementara itu, Bella berkata sejak bercerai, keluarga Aliff juga tidak ada menghubunginya untuk bertanyakan soal anak-anaknya.

Sebelum ini, Aliff, 33, dan ibunya iaitu Siti Hafiza ada memuat naik beberapa hantaran di media sosial mengenai kerinduan mereka terhadap Ayden dan Ara.

NP-131

Fokus Bella sekarang untuk besarkan kedua anaknya.

Untuk rekod, Bella dan Aliff Aziz bercerai talak satu pada 13 Jun lalu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Selepas melafazkan cerai, Aliff bersetuju memberikan hak penjagaan penuh dua anak laitu Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4 tahun kepada Bella.

Dalam perkembangan lain, Bella antara artis yang bakal membuat persembahan di Konsert Jiwa Malaysia 2024 bersama Bunkface, Hujan, Ruffedge, Insomniacks, Spider dan Dolla.

Konsert berkenaan berlangsung pada 7 September 2024 bertempat di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain