suria

Fahimi Rahmat pelik dituduh ‘kacip’, rokok pun tak pernah sentuh 

Fahimi terkejut apabila dirinya terpaling isu bahan terlarang.

SEJAK tular video ditahan pihak berkuasa di pinggir jalan, nama penyanyi Fahimi Rahmat tiba-tiba terpalit dengan pelbagai tuduhan mengambil barang terlarang.

Tidak senang dengan tomahan dilemparkan, Fahimi atau Muhammad Fahimi Rahmat, 27, menegaskan dia tidak pernah mengambil sebarang bentuk bahan terlarang malah tidak merokok.

Jelasnya, dia juga musykil bagaimana netizen boleh menuduhnya melakukan perkara tidak bermoral hanya disebabkan dia pernah ditahan pihak polis trafik.

Copy of Untitled (60)

Fahimi berkongsi perkara itu menerusi sesi podcast Buka Mulut.

"Saya tak tahu kenapa orang tuduh saya ambil barang. Saya langsung tak merokok apatah lagi ambil barang!

"Saya selalu baca komen kat media sosial orang cakap saya kacip, saya tak faham kenapa," katanya.

Fahimi berkongsi perkara itu menerusi sesi temu bual podcast Buka Mulut di Instagram MyAudioPlus.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagu ‘Angau’ trending di media sosial, Fahimi terhibur baca komen netizen kecam nyanyian live

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hafiz Suip penat jadi artis hipokrit, geram komen melampau netizen tuduh ambil barang terlarang

Bagaimanapun, Fahimi sedar bentuk fizikalnya antara salah satu punca timbulnya dakwaan tersebut.

"Mungkin sebab mata saya nampak penat yang membuatkan orang rasa saya ambil barang.

"Sejujurnya saya nampak kurus sebab saya jenis yang tak banyak makan," jelasnya.

Copy of Untitled (61)

Fahimi sekadar memenuhi ajakan pihak polis yang mahu membuat video bersamanya.

Meceritakan hal sebenar berkenaan inisiden ditahan polis, Fahimi memberitahu dia bukannya ditahan kerana mengambil dadah.

Sebalikya, dia hanya memenuhi permintaan polis tersebut untuk membuat video bersama memandangkan lagu nyanyiannya berjudul Angau sedang popular.

"Saya berdiri tepi jalan bukan sebab kena tahan ambil barang, tapi abang polis itu ajak buat video dengan dia.

"Video yang viral itu adalah video orang lain rakam dan bukannya video abang polis itu," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain