SUDAH hilang sabar, pelakon dan personaliti media sosial Harris Annuar mendedahkan sebuah agensi gagal melunaskan bayarannya walaupun kempen yang dijayakan sudah enam bulan berlalu. Menurut Harris atau Mohammad Harris Shahrul Annuar, 31, sudah pelbagai usaha dilakukan bagi menuntut haknya namun pihak berkenaan memberikan pelbagai janji kosong bagi mengelak membuat pembayaran. Terbaharu, emel yang dihantar pihak agensi tersebut berjanji melunaskan bayaran dalam tempoh 10 hari namun dia dimaklumkan ia ditangguhkan sehingga penghujung Ogos. Harris dedah sebuah agensi gagal melunaskan bayaran yang dijanjikan. "Perkara ini berlaku pada Mac lalu mereka berjanji mahu bayar pada penghujung Mei tetapi tak juga buat pembayaran. "Pihak mereka selalu beri harapan palsu dan 10 hari lepas mereka ada menghantar emel memberitahu pembayaran akan dibuat dalam tempoh 10 hari lagi. "Saya minta duit itu dimasukkan semalam (Khamis) iaitu hari ke-10 mengikut perjanjian tetapi mereka memberitahu pembayaran akan dilakukan pada hujung bulan ini," katanya ketika dihubungi mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Tiada duit bayar pembekal, Harris Annuar menangis jual kuih bangkit dalam video 'live' ARTIKEL BERKAITAN: Nadia Annuar pertahan Harris menangis dalam video live, jawab cadangan netizen minta ibu selesai hutang Dalam pada itu, Harris berkata dia sudah reda sekiranya tidak mendapat pembayaran daripada agensi terbabit kerana sudah penat mengejar hasil titik peluhnya sendiri. Harris menjelaskan pendedahan itu dibuat bagi mengelakkan pempengaruh media sosial yang lain mengalami nasib sama sekiranya mereka berkerjasama dengan agensi tersebut. "Sekarang ini saya sudah reda sama ada dapat atau tidak bayaran itu saya tidak kisah. "Apa yang penting saya tak nak pempengaruh media sosial yang lain terkena juga bila berkerjasama dengan mereka. Harris berharap tiada lagi rakan pempengaruh menerima nasib yang sama. "Saya sarankan tak perlulah bekerjasama dengan mereka takut nanti timbul masalah pembayaran seperti ini," ujarnya. Sebelum ini, Harris memuat naik meluahkan rasa tidak puas hati di Instastory miliknya terhadap sebuah agensi yang gagal membuat pembayaran menerusi sebuah kempen yang sudah dijalankan. Kata Harris, dia kecewa dengan agensi berkenaan kerana tidak bertanggungjawab dalam menjaga kewangan pihak klien yang sudah membayar sejumlah wang kepada mereka namun masih lagi culas membuat pembayaran kepada pempengaruh media sosial. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!