SEJAK kebelakangan ini, pelakon Nabila Huda memberitahu dia seperti hilang semangat untuk berkongsi tentang kehidupan hariannya di media sosial. Semuanya serba tidak kena, Nabila atau Nabila Huda Suhaimi, 40, berkata dia turut berasa malas untuk keluar dan bertemu orang ramai. Malah dia lebih selesa menghabiskan masa bersama keluarga dan kucing peliharaannya di rumah. Nabila berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram pada Jumaat. "Tak tahulah, kebelakangan ini saya tengah mood malas dengan semua benda. Saya macam benci... tengok media sosial pun saya rasa mual. "Rasa rengsek dengan semua benda. Malas nak jumpa orang. Malas nak bercakap. "Saya hanya mahu duduk rumah dan lepak dengan kucing dan keluarga... Itu saja yang buat saya bahagia," katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada Jumaat. ARTKEL BERKAITAN: Nabila Huda bercuti ke Osaka, mahu buang ‘saka’ watak Noraini ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan buat macam saya bermasalah” - Nabila Huda ‘basuh’ syarikat produksi putar belit isu hutang Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik video sedang memasak hidangan pasta. Dalam pada itu, Nabila mengakui tidak pasti sekiranya faktor usia atau perubahan tabiat makan menjadi punca timbulnya perasan demikian. Tambahan pula dia kini sedang berdiet demi menjayakan watak untuk karya terbaharunya. Nabila lebih bahagia habiskan masa bersama keluarga di rumah. "Saya tak pasti apa yang terjadi pada saya. Midlife crisis ke? Saya sudah tua? "Mungkin sebab kurang makan, pastu saya lapar, itu yang membuat saya terlalu berfikir sampai rasa tak gembira. "Saya tengah diet dan kawal makan ni for my next role. Sabar tau, saya akan kembali ceria balik nanti lepas dah capai berat ideal," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!