suria

Napie dah lama tunjuk simptom kurang sihat... Tam kongsi perkembangan kesihatan gitaris Spider

Tam memberitahu keadaan Napie agak lemah selepas jalani pembedahan.

VOKALIS Spider iaitu Tam berkongsi perkembangan kesihatan gitaris kumpulan berkenaan iaitu Napie yang sebelum ini dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh akibat serangan angin ahmar pada Julai lalu.

Kata Tam, 50, Napie kini berada dalam keadaan sangat lemah selepas menjalani pembedahan otak pada 27 Julai lalu.

"Napie baru selesai pembedahan, sudah tentu untuk tahun ini dia tidak dapat nak terlibat sekali.

Copy of Untitled (67)

Tam berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Konsert Jiwa Malaysia 2024.

"Dia pun masih sangat lemah sebab pembedahan tersebut melibatkan otak.

"Tapi dia ada beri respon sikit-sikit, saya risau juga kalau ada kesan selepas pembedahan, harap tiada apa-apa... sudah sebulan juga dia di hospital,” katanya kepada mStar.

Tam berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa sidang media Konsert Jiwa Malaysia 2024 di Pavillion Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi persembahan skala kecil, Spider akhirnya tampil dengan konsert ‘Spider Keluar Sarang’

ARTIKEL BERKAITAN: Tam Spider tegur artis baharu jaga sikap, ada masalah bersemuka bukan perli memerli di media sosial

Menurut Tam, Napie sebelum ini ada menunjukkan tanda-tanda kurang sihat dan menyedari persembahannya sedikit terganggu.

"Kami dah nampak lama tanda-tanda dia tidak sihat.

"Sebab persembahan dia pun dah mula terganggu, tangan dah tak boleh cengkam, memori pun dah kurang tak boleh nak ingat semua lagu.

Kami dah nampak lama tanda-tanda dia tidak sihat.

TAM

VOKALIS KUMPULAN SPIDER

"Itu antara sebab kita memilih untuk rehat dahulu, kita tahu dalam keadaan begini tekanan itu tinggi untuk band jadi saya tak nak beri tekanan pada dia," jelasnya.

Dalam pada itu, Tam berasa ralat apabila dia tidak dapat membuat persembahan bersama Napie dan arwah Tony di Konsert Jiwa Malaysia 2024 yang akan diadakan di Stadium Nasional Hoki, Kuala Lumpur pada 7 September depan.

"Sama macam saya ada beritahu sebelum ini, apa-apa pun kerja kena teruskan. Sedih dan ralat itu ada, tapi ini perjuangan yang perlu diteruskan. Kita gunakan semangat mereka bawa ke depan.

553 (3)

Tam berasa ralat tidak dapat beraksi sepentas dengan Napie dan Arwah Tony.

"Saya bukan nak cakap sedih... tapi lebih kepada ralat. Sebab kalau sedih, kita tak main dah, saya tutup saja band ini cuma ralat sebab tak dapat bersama tapi perjuangan kena jalan la," ujarnya.

Sebelum ini, Napie dikejarkan ke hospital selepas mengalami serangan strok di studio Luncai Emas pada 16 Julai lalu.

Pada 30 Jun 2021, Spider kehilangan bekas pemain bass mereka iaitu Tony Iskandar yang ditemukan meninggal dunia di sebuah studio rakaman di Kuala Lumpur.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain