suria

“Talak itu antara pasangan”... Ibu Aliff Aziz kongsi ceramah hukum larang anak berjumpa ayah atau ibu selepas cerai

Ibu Aliff (kanan) berkongsi ceramah agama tentang hukum melarang anak berjumpa dengan ibu bapa.

IBU kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza berkongsi petikan ceramah Ustaz Azhar Idrus mengenai melarang anak-anak daripada berjumpa dengan kedua ibu bapa mereka.

Berkongsi pandangannya, Hafiza atau Siti Hafiza Basharahil, berkata anak-anak tidak seharusnya dijadikan sebagai alat untuk kepentingan diri sendiri.

Malah Hafiza berpendapat penceraian yang berlaku di antara pasangan suami isteri juga tidak sepatutnya menjadi alasan untuk memisahkan anak-anak dengan ibu bapa mereka.

Hafiza berkongsi pendapat menerusi Instastory miliknya.

"Talak itu adalah antara pasangan dan bukan antara anak-anak dengan orang tuanya. Usah menggunakan anak-anak sebagai senjata untuk memuaskan hati sendiri walau apa pun alasannya.

"Semoga Allah mudahkan urusan kami sekeluarga," katanya menerusi satu hantaran di Instastory pada Jumaat.

Pada Khamis, pelakon dan penyanyi Bella Astillah memberitahu dia mempunyai sebab tersendiri untuk tidak membenarkan keluarga bekas suaminya berhubung dengan anak-anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bukan niat putus silaturahim, Bella Astillah ada sebab larang keluarga Aliff Aziz berhubung dengan anak-anak

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Aliff Aziz muncul kembali, kongsi kata-kata positif selepas anak dan Bella Astillah sah cerai

Kata Bella atau Dayang Ara Nabella Awang Astillah, 30, dia tidak berniat memutuskan ikatan silaturahim kekeluargaan di antara anak-anak dan keluarga di Singapura namun sedang menanti waktu bersesuaian.

Sebelum ini, Aliff, 33, dan Hafiza ada memuat naik beberapa hantaran di media sosial mengenai kerinduan mereka terhadap Ayden dan Ara.

Untuk rekod, Bella dan Aliff bercerai talak satu pada 13 Jun lalu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Selepas melafazkan cerai, Aliff bersetuju memberikan hak penjagaan penuh dua anaknya iaitu Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4 tahun kepada Bella.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain