KEGEMBIRAAN bercuti bersama keluarga bertukar tragedi apabila pelakon Dayana Roza terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Mersing, Johor selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala. Kata Dayana atau Nur Dayana Kamsun Baharin, 34, kemalangan berlaku ketika dia cuba menyelamatkan anaknya daripada dirempuh individu yang turun daripada permainan gelongsor air di pusat peranginan itu. Gara-gara rempuhan tidak disengajakan itu, dia mengalami pengsan dan tidak sedarkan diri. Kemalangan berlaku selepas Dayana cuba menyelamatkan anaknya dari dilanggar. "D (panggilan Dayana) tak sedap hati bila tengok Astrid dengan pembantu tengah main kat pantai kawasan ada gelongsor. Baru makan omelette tiga suap D berlari ke diorang. "Nasib D sempat tolak Astrid (anak Dayana) sekuat hati D tapi nasib D tak baik lelaki tu turun ngam-ngam kena kepala D. "Lepas kena D pengsan kejap. Impak sangat kuat, jadi kepala D koyak, darah meleleh tanpa henti dan macam rasa nak tidur tapi D lawan," katanya menerusi hantaran di Instagram pada Jumaat. ARTIKEL BERKAITAN: Bersalin awal daripada jangkaan, Dayana Roza selamat timang bayi lelaki ARTIKEL BERKAITAN: Impian Dayana Roza mahu timang ‘baby boy’ bakal tercapai... “Dari dulu teringin anak lelaki” Dalam hantaran itu, Dayana turut berkongsi beberapa keping foto memaparkan kecederaan dialami akibat kemalangan itu. Ceritanya lagi, memandangkan bahagian kepalanya mengalami kecederaan teruk, dia segera dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan perlu menjalani pembedahan kecil. "D mula muntah-muntah dan tangan kebas, pergi ke darat terus ke Hospital Mersing, dah X-ray semua doktor kata kena pindah hospital untuk CT Scan. "Lepas CT scan, bagi pain killer dan kena pembedahan ringan sebab doktor kata tak boleh jahit biasa kerana kulit hilang dan nampak tengkorak," jelasnya. Dayana sudah pun dibenarkan pulang selepas jalani pembedahan. Mengulas lanjut keadaan terkininya, Dayana memberitahu dia sudah pun dibenarkan pulang dari hospital pada Khamis. "Alhamdulillah tak ada apa serius. Semalam dah balik sempat singgah melaka makan-makan dengan kepala berbalut. "Pelancong lain tengok D pelik saja, malu lepas kena pandang D beli topi untuk tutup," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!