SUSULAN insiden pelakon Mia hampir digigit anjing jenis Rottweiler, aktres Anzalna Nasir tampil memberikan respon berhubung kejadian menimpa adiknya itu. Anzalna atau Nur Anzalna Md Nasir, 36, berkata meski pun anjing tersebut turut terlibat dalam pengambaran drama, namun isu keselamatan tidak boleh dipandang enteng oleh semua pihak. "Kena lebih peka dalam isu ini walaupun katanya anjing itu berlakon juga tapi rottweiler kot, bukan anak anjing untuk ambil ringan," katanya. Anzalna berharap pihak produksi lebih peka terhadap keselamatan pelakon. Anzalna berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya. Dalam pada itu, Anzalna bersyukur kerana Mia sempat memberikan tindakan pantas membuatkan tenaga kerja produksi bertindak untuk menegah anjing tersebut. "Nasib baik Mia cepat bertindak dengan menjerit sekuat hati kalau tak memang hancur kaki adik saya," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Mia Nasir diserang anjing jenis rottweiler, nyaris betis kena gigit - "Jika tidak 'bye bye'..." ARTIKEL BERKAITAN: Sikap anak sulung sejukkan hati Anzalna, Eidress selalu beri duit untuk 'shopping' Sebelum ini, Mia, 33, berdepan detik cemas apabila secara tiba-tiba diserang anjing jenis Rottweiler ketika berada di lokasi penggambaran sebuah drama. Menurut Mia, meskipun tidak mengalami sebarang kecedaraan namun kejadian tersebut hampir menyebabkan dia kehilangan nyawa. Dalam perkongsian video yang dimuat naik di Instagram miliknya menyaksikan anjing tersebut menggigit di bahagian betis sehingga seluarnya terkoyak. Aktres berkenaan terjatuh sebelum seorang kru produksi datang cuba menyelamatkan keadaan. Menurut Mia, anjing tersebut juga digunakan dalam drama lakonannya berjudul Andai Tiada Dia. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!