suria

Sedar diri berpijak di bumi nyata, Beto Kusyairy tak kejar anugerah luar negara

Beto tidak terfikir untuk mengejar anugerah antarabangsa.

SERING mendapat pengiktirafan dalam negara, pelakon Beto Kusyairy bagaimanapun berkata dia tidak pernah terfikir mahu mengejar anugerah diperingkat antarabangsa.

Kata Beto atau Nur Kusyairy Zakuan Osman, 44, sejak awal pembabitan dalam industri seni, kepuasan yang dikejar bukanlah anugerah semata-mata.

Sebaliknya, impak positif masyarakat selepas menonton karya lakonannya merupakan satu pengiktirafan paling bernilai.

“Saya tidak pernah memburu anugerah antarabangsa mahupun tempatan.

BETO2 - 1

Beto tidak hanya mengejar anugerah dalam berkarya.

“Memang dari dulu saya terapkan pada diri sendiri buat kerja tidak mengharapkan pengiktirafan.

“Pengiktirafan pada saya apabila penonton terkesan dan beri impak positif pada mereka hasil lakonan saya, selebihnya adalah bonus,” katanya kepada mStar.

Beto berkongsi perkara itu pada sidang media filem Gayong di Astana Putra, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor pada petang Isnin.

Dalam pada itu, Beto berkata dia sesekali tidak pernah memandang rendah anugerah tempatan, sebaliknya jika diberikan penghargaan dia menerima dengan hati terbuka.

ARTIKEL BERKAITAN: Dilabel ‘bebal’ oleh netizen, Beto Kusyairy lebih hati-hati komen isu di media sosial

ARTIKEL BERKAITAN: Beto Kusyairy mula bersilat sejak usia 7 tahun, bukan sekadar pertahan diri tapi bentuk peribadi

“Saya tidak pernah pandang rendah anugerah tempatan sebab ia datang dari negara sendiri dan peminat menonton dan hargai hasil karya kita.

“Bila orang nak memberi takkan saya nak menolak, jadi saya hargai, berterima kasih dan bersyukur.

“Tidaklah terfikir anugerah tempatan tak setanding dengan bakat saya, poyo gila. Kena sedar diri dekat mana langit kita junjung,” jelasnya.

Dari dulu saya terapkan pada diri sendiri buat kerja tidak mengharapkan pengiktirafan.

BETO KUSYAIRY

PELAKON

Sementara itu, pelakon filem Imaginur ini turut menitipkan pesanan kepada penggiat seni supaya bersiap sedia dengan cabaran besar jika mahu mengejar anugerah luar negara.

“Kita kena sedar diri kita siapa. Di mana tanah kita pijak, di mana langit kita junjung.

“Kalau nak kejar anugerah luar negara, pastikan sudah persiapkan diri baik-baik.

BETO1 - 1

Beto (dua dari kanan) bersama pelakon filem Gayong.

“Pergi luar negara dapat anugerah pasti orang Malaysia turut berbangga, tapi persiapkanlah diri dulu,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Beto bakal tampil dalam filem terbaharu berjudul Gayong yang akan memulakan penggambaran 5 Oktober depan.

Selain Beto, filem Gayong turut menampilkan barisan pelakon seperti Nabila Huda, Syafie Naswip dan Yayan Ruhian.

Filem itu dijangka bakal menemui penonton pada Mei tahun depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain