suria

[V] Jue Aziz mahu segera hamil, bimbang kesihatan ibu kurang baik

SEDAR umur semakin meningkat, pelakon Jue Aziz tetap berusaha dan enggan berputus asa untuk memiliki zuriat.

Selain kebahagian untuk diri dan suami iaitu Ridwan, Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz, 41, berkata dia ingin segera memiliki cahaya mata kerana mahu merealisasikan impian ibunya.

“Buat masa sekarang, saya sedang dalam proses mencuba untuk hamil (TTC), memang tak tunggu lama sebab emak saya pun bukan sihat mana.

“Mak selalu cakap dia teruja untuk saya ada anak sendiri, dia sekarang pun sedang sakit, saya pun risau takut apa-apa terjadi.

jue1 - 1

Jue ingin merealisasikan impian ibunya untuk menimang cahaya mata.

“Sebab itu saya kahwin cepat-cepat sebab saya mahu luangkan masa banyak bersama mak, jadi senang untuk kemana-mana,” katanya kepada mStar.

Jue berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa sidang media Filem Mifta Alam di Pawagam Mini P Ramlee, Finas pada Isnin.

Tambah aktres itu, pelbagai cara sudah dilakukan termasuklah meminta orang ramai mendoakan agar impiannya itu terlaksana.

“Saya tidak pernah segan minta doa daripada sesiapa untuk cepat hamil sebab dulu saya tunggu lama tapi tidak berjaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Status Jue Aziz akhirnya terjawab, sudah kembali bergelar isteri 18 Ogos lalu

ARTIKEL BERKAITAN: Alhamdulillah! Jue Aziz berjaya khatam Al-Quran 8 hari Ramadan - "Satu lagi permintaan mak orang tak dapat tunaikan... jodoh!"

“Sekarang saya memang gigih periksa waktu subur dan sesuai hamil sebab saya sudah 41 tahun, kalau lambat takut mak tak sempat tengok.

“Itu yang saya sedih sebab saya seorang sahaja dalam adik-beradik yang tidak ada anak. Ada sekarang ini pun anak angkat,” ujarnya.

Dalam masa sama, mengulas mengenai pemilihan Ridwan sebagai suami, Jue berkata dia sama sekali tidak memandang harta dalam mencari pasangan hidup.

Mak selalu cakap dia teruja untuk saya ada anak sendiri, dia sekarang pun sedang sakit.

JUE AZIZ

PELAKON

Menurut Jue, dia terpikat dan menerima Ridwan kerana sikap baik hati dan menyenangkan.

“Saya tidak memilih hanya yang kaya sahaja. Saya terima sahaja mana yang ditakdirkan untuk saya dari dulu lagi.

“Kalau orang kaya atau kata cinta saya memang ramai, tapi untuk dapatkan yang selesa itu yang mahal.

jue2 - 1

Jue dan Ridwan bernikah pada 18 Ogos lalu.

“Bila selesa, apa sahaja yang dibuat kita akan faham antara satu sama lain. Sayang ini mudah untuk diungkapkan, tapi hendak cari yang selesa itu tidak mudah. Harap-harap inilah yang terakhir,” ujarnya.

Jue sebelum ini berkongsi video majlis pernikahannya dengan Ridwan yang berlangsung di Masjid Abu Al-Darda, Nilai, Negeri Sembilan pada 18 Ogos.

Untuk info, Jue mendirikan rumah tangga pada 2014 bersama pemuzik dari Indonesia, Bayu Parman, namun bercerai pada 2019.

Mereka tidak dikurniakan cahaya mata dan memiliki seorang anak angkat, Darwish Naufal, 12.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain