suria

Lan Pet Pet jatuh sakit sebelum persembahan, Saiful Apek ‘trauma’ teringat pemergian arwah Hamdan

Apek dan Senario trauma kehilangan arwah Hamdan sebelum persembahan berlangsung.

PELAWAK Saiful Apek trauma apabila sahabatnya iaitu Lan Pet Pet jatuh sakit pada hari mereka mengadakan persembahan Senario Union di Melaka pada 31 Ogos lalu.

Apek atau Muhammmad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 55, berkata, perasaan itu muncul apabila fikirannya teringat pemergian Allahyarham Hamdan yang tiba-tiba jatuh sakit sehari sebelum Senario mengadakan persembahan pada Januari lalu.

“Lan memang tak sihat malah doktor nasihatkan dia tidak meneruskan persembahan.

NP-206

Senario ketika melakukan persembahan di Melaka ketika 31 Ogos lalu.

“Memang kami berbelah bahagi sebab dia demam, lelah seperti sesak nafas... Keadaan dia membuatkan kami teringat kejadian arwah Hamdan yang sakit dulu.

“Pemergian Hamdan memang buat kami trauma. Kalau berlaku kejadian tidak diingini, memang kami akan ralat dan minta dia untuk berehat,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Saiful memberitahu mereka enggan mengambil risiko dengan keadaan Lan namun pelawak itu tetap dengan pendirian meneruskan persembahan.

Apatah lagi, pada acara itu mereka turut tampil dengan segmen tribute buat Hamdan dan Lan bersungguh-sungguh mahu berada di atas pentas bersama anggota Senario yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Hamdan Senario meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Maya Karin hampir lemas ketika penggambaran ‘Duyung’, rambut palsu tersangkut pada jaring pukat ikan - “Jeritannya buat semua panik”

“Keadaan dia memang lemah sampai kami terpaksa pujuk dia untuk berehat dan taj buat persembahan bersama kami.

“Tapi dia gagahkan diri juga sebab tidak mahu ketinggalan segmen tribute buat Hamdan,” katanya.

Saiful memberitahu kedegilan sahabatnya itu mungkin disebabkan sebelum ini dia jarang bersama Senario untuk persembahan pentas.

Pemergian Hamdan kata Saiful memberi tamparan hebat buat Lan malah kini lebih menghargai persahabatan di antara mereka semua.

kami teringat kisah arwah Hamdan yang sakit sebelum persembahan dulu.

SAIFUL APEK

PELAWAK

“Mungkin dia rasa ralat sebab dulu arwah Hamdan ada (bersama Senario) dia pula jarang ada.

“Disebabkan itu dia rasa perlu ada bersama kami di atas pentas untuk saling melengkapi dan memberi semangat kepada sahabat yang lain,” jelasnya.

Sebelum ini, pada 31 Ogos lalu, peminat Senario terharu selepas melihat Lan kembali beraksi dengan kumpulan itu selepas sekian lama.

Untuk rekod Allahyarham Hamdan Ramli meninggal dunia pada 5 Januari lalu akibat jangkitan kuman dalam darah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain