suria

Hun Haqeem buat lagak ngeri sendiri, guna ‘stunt double’ jika aksi terlalu bahaya

Hun tiada masalah untuk lakukan lagak ngeri sendiri.

MUNGKIN ramai tidak mempercayainya namun pelakon Hun Haqeem mendedahkan dia melakukan aksi lagak ngeri sendiri setiap kali berlakon dalam mana-mana filem atau drama genre aksi.

Bagaimanapun kata Hun atau Haqeem Hermy, 26, dia masih akan menggunakan khidmat pelakon lagak ngeri sekiranya sesuatu babak tersebut membahayakan keselamatan diri.

“Memang saya akan buat stunt sendiri melainkan kalau babak itu merbahaya saya akan gunakan stunt double.

NP-203

Hun lakukan lagak ngeri sendiri.

"Lagipun tiada apa-apa yang merugikan, jadi teruskan belajar," jelasnya.

Dalam pada itu, Hun bersetuju dengan pandangan pelakon aksi, Ruzaidi Abdul Rahman yang berpendapat seseorang aktor perlu mempersiapkan diri dengan asas seni bela diri.

Kata Hun perkara itu adalah satu keperluan kerana boleh mengelakkan daripada insiden tidak diingini berlaku ketika penggambaran.

"Pandangan abang Ruzaidi itu tidak salah, sebab betul kita perlukan asas seni pertahankan diri untuk melakonkan filem aksi dan ia sangat penting.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat apa nak malu! Hun Haqeem bangga dipanggil anak emak, harap calon isteri pun rapat dengan ibu

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hun Haqeem terkejut David Teo dedah kes saman kepada umum, tak mahu simpan dendam

"Bila buat apa-apa gerakan merbahaya dalam filem aksi keutamaan adalah keselamatan dan kesihatan... Contohnya kalau kena tumbuk dekat muka dan lebam dah jadi isu lain dan sukarkan perjalanan penggambaran," jelasnya

Sebelum ini, Ruzaidi meluahkan rasa bimbang melihat industry seni tidak mempunyai pelapis aktor aksi lasak menurut peerhantiannya.

Dalam perkembangan lain, Hun baharu sahaja membuka cawangan gimnasium seni mempertahankan diri Elitez Mixes Martial Arts yang terletak di Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Gimnasium tersebut merupakan kerjasama Hun bersama pelakon Andy Teh sebagai rakan kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain