PELAKON Datin Seri Umie Aida menasihati orang ramai agar tidak masuk campur urusan rumah tangga pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura Umie atau Umi Khalsum Rahmad Ali, 51, turut memesan peminat supaya tidak sewenang-wenangnya meninggalkan komen menyebelahi mana-mana pihak. Sebaliknya, Umie berkata adalah lebih baik jika mereka sekadar mendoakan kebahagiaan pasangan ini. Umie mohon peminat doa yang baik-baik buat Fattah dan Fazura. “Adalah terbaik, kita semua tak perlu masuk campur dalam ujian yang mereka lalui. “Ingat kita sendiri pun ada lalui ujian dalam setiap kehidupan kita. Jadi berhati-hati dengan lisan kita semua ya. “Cukup mendoakan yang baik-baik buat mereka. Tak perlu nak team A atau team B, sayang Fazura dan Fattah,” katanya menerusi satu hantaran di aplikasi TikTok pada Sabtu. Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan Umie dan berharap ada jalan terbaik buat rumah tangga Fattah dan Fazura. ARTIKEL BERKAITAN: Fazura fail cerai terhadap Fattah Amin, desas-desus keretakan rumah tangga benar ARTIKEL BERKAITAN: Fenomena #Fattzura, kecoh nikah senyap-senyap... Ini 10 momen perjalanan cinta Fattah dan Fazura “Betul. Tak perlu nak team mana-mana. Doakan yangg terbaik buat mereka. “Semoga Fazura dan Fattah dapat lepasi ujian rumah tangga ini dgn baik. Semoga terus kekal hingga jannah. “Semoga mereka tak jadi berpisah. Kekal bahagia sebagai suami isteri bersama Fatimah,” tulis netizen Pada Jumaat lalu, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, dikatakan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor bagi memfailkan cerai terhadap Fattah. Hubungan rumah tangga Fattah dan Fazura hangat diperkatakan. Bagaimanapun butiran terperinci mengenai hal tersebut tidak dinyatakan. Sebelum ini, timbul khabar angin mengatakan rumah tangga pasangan suami isteri ini dikatakan sedang bergolak namun Fazura menegaskan hubungannya dengan Fattah berada dalam keadaan baik. Malah Fattah turut memberitahu dia jarang memuat naik gambar bersama isteri di media sosial kerana kesibukan kerja. Untuk rekod, Fazura dan Fattah, mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!