suria

Dikecam ‘back up’ GISB, Betty Banafe minta jangan cepat buruk sangka

Betty dikecam gara-gara cuba mempertahankan GISB.

PELAKON Betty Banafe memohon orang ramai tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum kepada Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB) berhubung kontroversi melanda syarikat berkenaan.

Betty, 45, berkata, kesalahan tersebut seharusnya disalahkan kepada individu dan bukannya keseluruhan organisasi tersebut.

Malah, Betty berharap masyarakat tidak membuat andaian membuta tuli sebaliknya membiarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan telus.

size NP 1 - 2024-09-15T130707.950

Betty minta orang ramai jangan cepat jatuh hukum pada GISB.

"Bagi saya GISB banyak baik daripada buruk, saya nak ingatkan pada semua setiap dugaan itu ada asbabnya. Fokus pada individu buat salah jangan hukum persatuan atau syarikat itu.

"Saya bangga GISB wujud kerana memberikan imej yang kuat dalam ekonomi yang dikuasai oleh pengamal beragama Islam

"Jangan gopoh-gapah buat andaian kerana berburuk sangka tidak disukai Allah... semoga pihak berkuasa jalankan siasatan setulusnya tentang kes mereka," katanya.

Betty berkongsi pandangannya itu menerusi satu hantaran di aplikasi TikTok pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis siasat dakwaan 13 kanak-kanak diliwat, pemimpin GISB mungkin dipanggil beri keterangan

ARTIKEL BERKAITAN: 13 penghuni GISB pernah jadi mangsa liwat - KPN

Dalam pada itu, Betty berkongsi pandangannya mengenai kebaikan GISB yang pernah dilihat olehnya.

Cerita Betty, pihak GISB pernah membantu seorang kenalannya yang hidup susah kerana ditipu oleh seseorang semasa di Eropah.

"Pernah seketika dulu waktu saya dapat panggilan daripada seorang pengadu di Eropah, dia ditipu sehingga habis hartanya.

"Sehingga pengadu itu hidup susah di Bosnia dan tak mampu nak balik Malaysia.

Bagi saya GISB banyak baik daripada buruk, saya nak ingatkan pada semua setiap dugaan itu ada asbabnya.

BETTY BANAFE

PELAKON

"Saya bukan ahli GISB tapi kerana rangkaian mereka besar di luar negara, dia bantu pengadu yang susah itu ketika saya hubungi mereka," jelasnya.

Sementara itu, menjengah komen di aplkiasi X, pandangan Betty itu dikecam rata-rata netizen yang menyifatkan aktres itu tidak berperikemanusiaan kepada mangsa-mangsa kes tersebut.

"Dia (Betty) hidup senang bolehlah, masa depan budak-budak tu tak tentu lagi apa jadi esok.

"Banyak baik dari buruk? Kalau dah terpesong akidah tu auto tak baiklah Betty.

"Dia punya kenangan manis jadi sandaran, yang ahli-ahli GISB dan kanak-kanak yang dapat mimpi ngeri diabaikan. Bodoh punya Betty tiada rasa kemanusiaan langsung," tulis netizen.

size NP 1 - 2024-09-15T130910.036

Antara kecaman diterima Betty di aplikasi X.

Pada Rabu lalu, media melaporkan 20 premis pusat jagaan dan rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan GISB diserbu polis.

Dalam serbuan Op Global itu, polis menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun, selain menahan 171 individu yang mengendalikan premis terbabit untuk siasatan lanjut.

Menurut laporan polis, hasil siasatan mendapati antara kegiatan yang dilakukan di 20 premis berkenaan adalah mangsa diajar melakukan perbuatan meliwat yang turut melibatkan kanak-kanak.

Selain itu, menurut polis, berdasarkan maklumat serta siasatan yang dilaksanakan, pihak mereka mengesyaki GISB melakukan kesalahan apabila terlibat dalam kegiatan pemerdagangan orang dan kesalahan-kesalahan lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain