suria

Sanggup ambil job ditolak artis lain, Sharifah Shahirah pernah jadi pelakon alih suara ‘Maria Mercedes’

Shiera merupakan pelakon alih suara dalam telenovela Maria Mercedes (kanan).

PENYAMPAI radio Suria FM Sharifah Shahirah mendedahkan dia merupakan pelakon alih suara dalam telenovela Maria Mercedes yang popular sekitar tahun 2000-an.

Shahirah atau mesra disapa Shiera, 50, berkata ketika itu dia bukan hanya mengambil tawaran lakonan malah turut menerima pekerjaan sebagai pelakon suara.

Berkongsi mengenai bayaran diterima untuk projek berkenaan, Shiera memberitahu dia tidak dibayar mengikut episod sebaliknya dikira secara keseluruhan drama.

Shiera mengimbau kenangan menjadi pelakon alih suara.

Shiera mengimbau kenangan menjadi pelakon alih suara.

"Suara saya ini dulu digunakan untuk alih bahasa drama Maria Mercedes. Guna suara sayalah. Saya jadi pelakon alih suara juga, apa sahaja yang saya tidak buat.

"Bayaran tidak dikira mengikut episod, dia kira pakej. Banyak kena tipu jugalah sebab bayaran tidak kena dengan kerja yang dibuat," katanya.

Shiera berkongsi perkara itu menerusi sesi temu bual di Dol's Podcast yang dimuat naik di YouTube.

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak sporting tapi tegas orangnya, Sharifah Shahirah tegur kalau pemakaian anak menjolok mata

ARTIKEL BERKAITAN: Penyewa buat hal, Sharifah Shahirah bengang rumah kotor sampaikan tilam pun dicuri... "Awak rugikan saya"

Dalam pada itu, Shiera memberitahu kebanyakan tawaran kerja diterima adalah selepas ditolak oleh selebriti lain.

"Saya ini adalah pelakon yang mengambil tawaran ditolak oleh artis-artis lain. Saya sanggup buat. Saya pula jenis terima sahaja tawaran ingatkan kerja sekejap sahaja rupanya lama.

"Tapi dah tak boleh buat apa saya kena teruskan buat kerja sampai habis. Ia pengajaran buat saya, apa sahaja tawaran yang saya terima kena teruskan jangan lari daripada projek itu sebab itu kalau kau nak relevan dalam industri, jangan tipu orang.

"Orang tipu saya tak mengapa, Allah tengok. Lama-lama Allah beri rezeki yang lebih besar," ujarnya.

Shiera mempunyai bakat besar dalam industri hiburan.

Shiera mempunyai bakat besar dalam industri hiburan.

Untuk info, telenovela Maria Mercedes lakonan Thalia dan Arturo Peniche pernah menjadi fenomena di Malaysia sekitar sekitar tahun 2000.

Drama yang disiarkan di saluran NTV7 itu menceritakan mengenai gadis miskin iaitu Maria Mercedes yang menyara dua adiknya dengan bekerja sebagai penjual tiket loteri.

Maria kemudiannya jatuh cinta dengan jejaka kacak yang kaya dan menerima pelbagai dugaan yang menghalang cinta mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain