suria

Baru sembuh kecederaan lutut, Hairul Azreen terpaksa tahan sakit otot lengan pula terkoyak

Hairul mengalami kesakitan selepas kembali aktif bersenam.

BARU sembuh daripada kecederaan lutut, pelakon Hairul Azreen sekali lagi berdepan kecederaan apabila otot pada bahagian lengannya pula didapati terkoyak selepas dia kembali aktif bersenam.

Kata Hairul atau Hairul Azreen Idris, 35, kesakitan itu mula dialami setiap kali melakukan aktiviti bersama anak-anak sehingga dia terpaksa membuat pemeriksaan lanjut di hospital.

"Saya lama berehat selepas ligamen lutut saya putus. Bila dah kuat ini, saya mula bersenam dan main gim semula, pada masa yang sama saya pun banyak latih anak-anak.

Copy of Untitled - 2024-09-13T133419.957

Hairul berkongsi mengenai kecederaannya menerusi hantaran di Instagram.

"Mestilah kita nak tunjuk cara macam mana cara nak buat setiap senaman kepada mereka.

"Lama-kelamaan, tangan saya pula sakit untuk beberapa bulan. Selepas buat pemeriksaan doktor cakap otot saya mengecut dan tendon saya koyak," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Hairul berkongsi mengenai kecederaanya menerusi satu hantaran di Instagram pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Layanan buruk artis lelaki tersemat dalam hati, Hairul Azreen ditolak gara-gara minta bergambar - “Sekarang dia datang tegur saya”

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Malbatt Misi Bakara’ filem terakhir Hairul Azreen, umum bersara sebagai pelakon

Dalam pada itu, Hairul memberitahu kecederaan yang dialami sedikit sebanyak mengehadkan pergerakan dan aktiviti hariannya.

Justeru itu, dia terpaksa menjalani rawatan pengambilan darah atau Platelet Rich Plasma (PRP) untuk menyembuhkan bahagian otot yang berkenaan.

"Saya perlu banyak berehat. Sekarang ini nak dukung anak pun saya tak boleh lagi.

"Saya kena buat rawatan PRP dimana mereka akan ambil darah saya dan masukkan semula darah pada bahagian koyak untuk sembuhkan.

"Pada masa yang sama saya pun kena buat rehab juga," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain