PENYANYI rap Cardi B berkongsi berita gembira selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan pada Ahad lalu. Cardi atau Belcalis Marlenis Cephus, 32, meluahkan rasa syukur dengan kehadiran anak ketiga yang disifatkan sebagai anugerah terindah dalam hidupnya. "Perkara yang paling indah dalam hidup saya, 7 September 2024," katanya. Cardi teruja menyambut kelahiran cahaya mata ketiga. Cardi berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram. Menerusi perkongsian tersebut, penyanyi lagu Up itu turut memuat naik foto suaminya iaitu penyanyi rap Offset sedang memangku bayi di samping dua lagi cahaya mata mereka. Rata-rata peminat berkongsi rasa teruja dan mengucapkan tahniah di atas kelahiran bayi berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Sehari selepas fail cerai terhadap Offset, Cardi B umum hamil anak ketiga ARTIKEL BERKAITAN: Cardi B mengamuk dituduh putihkan kulit ketika hamil, masalah anemia punca jadi pucat "Tahniah Cardi, walaupun selepas melahirkan anak anda tetap nampak cantik. "Tahniah, awak seorang ibu yang cantik. Kecantikan itu terpancar pada wajah anak-anak awak juga," tulis netizen. Pada Ogos lalu, Cardi memfailkan cerai terhadap suaminya sehari sebelum dia memaklumkan sedang hamil anak ketiga. Peguam penyanyi rap berkenaan memaklumkan keputusan tersebut dibuat susulan masalah rumah tangga mereka yang berlarutan. Pada September 2020, Cardi pernah memfailkan cerai terhadap Offset selepas anggota kumpulan Migos itu didakwa beberapa kali curang terhadapnya. Cardi dan Offset (kanan) bersama anak-anak mereka. Bagaimanapun Cardi membatalkan permohonan cerai terhadap Offset selepas memaafkan perbuatannya. Pada Disember tahun lalu, Cardi mengumumkan dia sudah berpisah dengan Offset walaupun masih dilihat bersama dan mengekalkan hubungan baik. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Kulture Kiara, 6 dan Wave Set, 3 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!