suria

Zahiril bekerja keras demi keluarga, Shera Aiyob sudah terbiasa tanpa suami di sisi

Shera dan Zahiril jarang dapat meluangkan masa bersama kerana kesibukan kerja.

PELAKON Shera Aiyob mendedahkan jarang dapat meluangkan masa bersama suami iaitu aktor Zahiril Adzim walaupun sudah 13 tahun mereka mendirikan rumah tangga.

Puncanya kata Shera atau Nur Syahirah Aiyob, 38, kesibukan dengan kerja menyebabkan mereka jarang dapat meluangkan masa melainkan jika berlakon dalam projek sama.

"Hampir 13 tahun, dah biasa suami jarang di sisi sebab sibuk. Bila shooting sekali baru hari-hari dapat jumpa.

Perkongsian Shera yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Shera mendoakan agar mereka sekeluarga dimurahkan rezeki.

"Insya-Allah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk keluarga kecil kami. Semoga kita kaya masa dan wang supaya dapat dimanfaatkan dengan baik. Amin," katanya.

Shera berkongsi perkara itu sebagai respon kepada hantaran dibuat Zahiril tentang pengorbanan seorang isteri ketika suami sibuk mencari rezeki.

"Amin, sabar sekejap ya bidadariku, Shera Aiyob," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Shera Aiyob selamat jalani pembedahan buang cyst, dapatkan rawatan selepas alami sakit perut dan sukar bernafas

ARTIKEL BERKAITAN: Ada pihak mahu pukul dan hantar santau, Zahiril Adzim anggap sekadar cakap - "Usik keluarga memang saya cari!"

Dalam pada itu, Shera memberitahu dia tidak kisah jika Zahiril sibuk bekerja dan bukannya melakukan perkara lain.

"Sibuk untuk kami tak mengapa. Sibuk ke lain, jangan buat fasal. Nanti keluar karakter 'kaklong kawasan'," selorohnya.

Untuk rekod, Zahiril dan Shera disatukan sebagai suami isteri pada 20 November 2011 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nadi Anaqi, 10 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain