suria

Syasya alami perubahan emosi ketara, mudah rasa sunyi sejak hamil

Syasya muda berasa sedih sejak hamil.

PENYANYI Syasya berdepan dengan perubahan emosi yang mendadak sejak disahkan hamil.

Jelas Syasya atau Nursyasya Afiqah Shahrizal, 23, antara perubahan ketara dialaminya adalah dia sentiasa berasa keseorangan walaupun suami dan keluarga sentiasa berada di sisi.

"Sejak mengandung saya emosi mudah terusik, malah perkara kecil pun boleh buat saya menangis.

Copy of Untitled - 2024-09-12T150851.048

Syasya berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram.

"Satu perkara yang orang mungkin tak tahu, ketika mengandung senang rasa sunyi.

"Walaupun ada orang di sekeliling tapi perasaan ini diri sendiri saja yang faham," katanya.

Syasya berkongsi perkara itu menerusi hantaran video di TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: “Baby Emon is on the way” - Syasya umum hamil anak sulung

ARTIKEL BERKAITAN: Dolla tak pernah lupakan Syasya, sentiasa dalam ingatan - “Harap dia gembira lihat kami”

Bercerita lanjut tentang keadaannya, bekas anggota kumpulan Dolla itu memberitahu mengandung banyak mengubah personaliti dirinya.

Ini termasuk dia lebih gemar menghabiskan masa bersendirian tanpa sesiapa jika hendak ke mana-mana.

"Macam hari ini, saya nak pergi buat rawatan kuku. Sejak hamil, nak buat benda macam ini pun satu 'peperangan' dengan diri sendiri.

553 (14)

Syasya mengumumkan dia kini hamil anak sulung sebelum ini.

"Jadi saya buat keputusan untuk pergi sendiri walaupun saya tak suka keluar berseorangan. Saya rasa macam tak dilindungi," ujarnya.

Pada 3 September lalu, Syasya mengumumkan dia sedang hamil anak pertama selepas lima bulan mendirikan rumah tangga.

Untuk rekod, Syasya berkahwin dengan Nasrullah Mohd Sapie pada 20 April lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain