suria

Pereka fesyen dikecam jalin kerjasama dengan Aliff Aziz, Fiziwoo tak campur urusan peribadi artis - “Dia bukan duta”

Fiziwoo menegaskan Aliff bukanlah duta rasmi jenamanya.

SEKIAN lama menyepi selepas terpalit kontroversi, kemunculan pelakon Aliff Aziz menerusi video yang dimuat naik pereka fesyen Fiziwoo mengundang kecaman ramai.

Netizen meluahkan rasa kurang senang melihat kolaborasi pereka fesyen berkenaan dengan aktor sensasi itu yang dilihat menggayakan koleksi terbaharu rekaan Fiziwoo.

Ramai menyangka Fiziwoo melantik Aliff sebagai duta jenama tersebut malah menuduhnya sengaja mengambil kesempatan isu membabitkan pelakon itu demi meraih publisiti.

Copy of Untitled - 2024-09-12T110048.800

Fiziwoo menulis perkara itu menerusi hantaran di Instagram.

Menyedari respon netizen, Fiziwoo tampil menjelaskan Aliff bukan duta jenamanya.

Sebaliknya, pelakon itu hanyalah pelanggan dan kenalan yang menempah baju rekaannya untuk projek terbaharu.

"AA (panggilan Aliff) bukan duta rasmi kami untuk koleksi ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Diminta boikot Aliff Aziz, jenama fesyen Rizman Ruzaini tak campur urusan peribadi

ARTIKEL BERKAITAN: Tak boleh bezakan lampu isyarat, pereka fesyen Fiziwoo dedah alami masalah buta warna

"Dia salah seorang klien yang membeli dan memakai baju ini untuk program dia akan datang," katanya.

Fiziwoo menjelaskan perkara itu menerusi hantaran di Instagram pada Rabu.

Menjelaskan pendirian jenamanya, Fiziwoo meraikan semua selebriti tanpa mencampuri urusan peribadi mereka.

"Kami di Fiziwoo meraikan semua orang. #peace #nohate," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain