suria

Nina Kho tak kekok bawa watak mualaf, rasa diri nampak cantik pakai hijab

Nina tidak kisah sekiranya diberi watak untuk memakai tudung.

PELAKON Nina Kho berkongsi keterujaan memegang watak seorang mualaf yang memerlukan dia memakai tudung.

Nina atau Nina Kho Siew Ching, 33, berkata, walaupun sukar menyesuaikan diri namun merasakan wajahnya kelihatan cantik apabila menggayakan hijab.

"Saya rasa bila memakai tudung memang sangat cantik tapi saya pula tidak pandai nak menggayakan tudung.

nina1 - 1

Nina tidak kekok untuk berlakon dalam drama Melayu.

"Saya jadi terfikir rakan-rakan yang pakai tudung memang sukar sebab kena tahan panas pula.

"Tapi saya rasa nampak cantik pakai tudung dan nampak suci malah ramai memuji apabila saya muat naik foto berhijab di media sosial," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Nina memberitahu dia tidak kisah membawakan watak wanita bertudung dan mengakui bukan mudah untuk menggayakannya dengan kemas.

ARTIKEL BERKAITAN: Ezaidi Aziz mahu dapat keberkatan dalam rezeki, elak perkara dilarang agama ketika berlakon

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bella Astillah jaga batas dengan aktor lelaki, set penggambaran punca hubungan jadi rapat

Tambahnya lagi, kini dia juga sudah memahami kenapa seseorang wanita itu perlu menutup aurat dalam Islam.

"Sejak memegang watak seorang mualaf juga saya sudah mula faham kenapa wanita perlu memakai tudung.

"Saya tidak kisah untuk membawakan watak wanita bertudung kerana saya memang suka. Mak saya pun puji apabila anaknya cantik pakai tudung.

Saya rasa nampak cantik pakai tudung dan nampak suci.

NINA KHO

PELAKON

"Sejujurnya saya akui memang susah pakai tudung. Kalau tengok orang lain pakai macam senang sahaja, tapi bila nak lilit sendiri agak susah," ujarnya.

Sementara itu, Nina menjelaskan masih banyak perkara perlu diperbaiki sebagai pelakon terutamanya memperbaiki komunikasi dalam bahasa Melayu.

Ujar pelakon asal dari Sarawak ini, pengunaan dialek Hokkien dan bahasa Mandarin di rumah membuatkan dia sukar bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik.

"Saya mula berlakon dalam drama Melayu sejak 2022. Saya memang ada meletakkan harapan tinggi untuk masuk ke pasaran drama Melayu.

"Saya rasa peluang itu ada tetapi perlu menambah baik lagi penggunaan bahasa Melayu kerana buat masa ini saya masih belum betul-betul fasih.

nina2 - 1

Nina bakal muncul dalam drama terbaharu berjudul Satu Hari Nanti.

"Saya selalu berkomunikasi dalam dialek Hokkien dan bahasa Mandarin, jadi bila tidak berlakon saya tidak menggunakan bahasa Melayu. Ia agak susah bagi saya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Nina turut membintangi drama Satu Hari Nanti yang bakal disiarkan menerusi platform penstriman digital IQiyi bermula 18 September ini.

Selain Nina, drama tersebut turut dibintangi barisan pelakon termasuk Bella Astillah, Ezaidi Aziz, Eyka Farhana, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain