suria

Syamsul Yusof akhirnya pulang jumpa ibu bapa, pertemuan turut disertai Puteri Sarah

Detik manis Syamsul pulang ke pangkuan keluarga.

PENGARAH dan pelakon Syamsul Yusof akhirnya bertemu ibu bapanya setelah sekian lama tidak pulang bertemu mereka.

Detik manis kepulangannya dikongsi ibu Syamsul iaitu Datin Patimah Ismail menerusi Instastory miliknya pada malam Rabu.

Menerusi hantaran tersebut, Syamsul yang memakai jaket hitam dan seluar sukan memeluk erat kedua-dua ibu bapanya.

syamsul 11

Patimah tersenyum manis menyambut kepulangan Syamsul.

Patimah turut memuat naik lagu latar belakang Syukran Lillah nyanyian Sabyan yang liriknya mengungkapkan rasa syukur.

Dalam perkongsian lain, Patimah turut berkongsi foto bersama bekas isteri Syamsul iaitu pelakon Puteri Sarah Liyana serta suaminya Datuk Yusof Haslam.

Syamsul pula mendukung anak perempuannya Sumayyah dan kesemua mereka kelihatan ceria sambil tersenyum.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi himpunan foto raya, ibu Syamsul Yusof beri bayangan keluarganya akan berkumpul semula

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Yusof Haslam ikut perkembangan Syamsul menerusi media, kasihan lihat hadir mahkamah seorang diri

Patimah pada pagi Rabu memberi gambaran bakal bertemu anaknya dan akhirnya impian tersebut menjadi kenyataan.

Syamsul dikatakan sudah lama tidak pulang ke rumah dan ibu bapanya hanya mengikuti perkembangan semasa menerusi laporan media.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia