suria

“Tak semua suka kongsi kisah lalu” - Johan beri bayangan Jozan kembali, tapi bukan dalam podcast

Zizan (kiri) dan Johan bimbang beri komitmen hasilkan podcast.

BAKAL kembali bersatu sebagai Jozan, dua pelawak Johan dan Zizan Razak tidak melihat penghasilan program podcast sebagai idea menggabungkan mereka.

Walaupun ramai mula menggunakan kaedah tersebut namun bagi Johan atau Mohammad Yazid Lim Mohd Aziz, 40, komitmen terhadap karier menyukarkan usaha itu.

"Kami tiada masalah cuma masing-masing ada komitmen dengan kerja. Jadi agak sukar untuk saya dan Zizan memberikan komitmen.

jozan 2

Zizan dan Johan sentiasa memberi sokongan kepada rakan-rakan yang tampil dengan program podcast.

"Bimbang kalau kami ‘sidai’ orang pula nanti, baru buat satu atau dua episod, masing-masing sudah tak boleh komited sebab sibuk.

"Biarlah kami masuk podcast orang, tak mengapa," katanya kepada mStar.

Pasangan duo ini berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis tayangan filem terbaharu mereka, Baik Punya Ah-Long yang diadakan pada malam Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Zizan Razak lebih suka sambut raya di KL, ada sebab sudah 4 tahun tak balik Terengganu

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tular video KJ didakwa sindir PM... Johan serah kepada pengurusan radio, hanya jalankan tugas

Mengulas mengenai kandungan podcast diketengahkan masa kini, Johan berpendapat isu atau tipok biarlah tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

"Tak semua orang suka berkongsi mengenai kisah lalu dan kita kena hormati pendirian orang.

"Podcast ada jadikan sebagai sumber pendapatan, jadi kandungan yang baik akan ada keberkatan, jadi bergantung pada orang," ujarnya.

Kalau macam saya, lebih baik saya bercerita pasal saya, saya tak mahu babitkan orang

JOHAN

PELAWAK/PENYAMPAI RADIO

Setuju dengan pandangan Johan, Zizan atau Mohd Razizan Abdul Razak, 40, juga berharap podcast dapat menjadi medium berkongsi pendapat namun tidak menyentuh isu sensitif termasuk agama.

"Podcast ini sama juga macam media sosial, misalnya pisau kalau digunakan untuk membunuh ia jatuh dosa, kalau guna potong bawang bagi orang makan, bermafaatlah jadinya," ujarnya.

"Jadi terserah pada mentaliti masing-masing bagaimana nak memanfaatkan podcastnya secara positif atau negatif," jelasnya.

jozan 3

Jozan kembali dalam filem Baik Punya Ah-Long.

Bercerita pula tentang Baik Punya Ah-Long, filem arahan Datuk Afdlin Shauki itu bakal menemui penonton pada 12 September.

Ia turut membariskan pelakon hebat sperti Liyana Jasmay, Chew Kinwah, Adlin Aman Ramli, Allahyarham Adibah Noor selain Afdlin sendiri.

Filem ini mengisahkan tentang dua beradik iaitu Aloy (Johan) dan Aley (Zizan) yang menjalankan perniagaan sendiri selepas dipaksa oleh bapa angkat mereka.

Meskipun tidak berpengalaman mereka menyahut cabaran tersebut namun usahawan yang dijalankan itu telah mengguggat kegiatan Lan Panda (Afdlin).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain