suria

Ezaidi Aziz mahu dapat keberkatan dalam rezeki, elak perkara dilarang agama ketika berlakon

Ezaidi tidak mahu memandang ringan isu agama.

PELAKON Ezaidi Aziz tidak memandang ringan berkenaan isu sensitif melibatkan agama termasuk bersentuhan dengan aktres wanita ketika berlakon.

Ezaidi atau Mohammad Ezaidi Abdul Aziz, 29, juga tidak teragak-agak menolak sebarang tawaran daripada pihak produksi sekiranya diminta melakukan babak menunjukkan kemesraan berlebihan.

"Kalau permintaan yang terlampau mengarut seperti babak berpeluk atau mengangkat perempuan, saya terpaksa menolak tawaran itu dengan baik.

Ezaidi mahu elak melakonkan babak bersentuhan dengan wanita.

Ezaidi mahu elak melakonkan babak bersentuhan dengan wanita.

"Saya tidaklah meletakkan macam-macam syarat untuk berlakon cuma saya menitikberatkan bab-bab agama.

"Kalau orang nak kata saya terlalu banyak meletakkan syarat dalam lakonan, tak mengapa saya percaya rezeki Allah yang beri.

"Saya bukanlah seorang yang baik, tapi mungkin Allah tutup aib saya," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bella Astillah jaga batas dengan aktor lelaki, set penggambaran punca hubungan jadi rapat

ARTIKEL BERKAITAN: "Itu zaman jahil"... Selepas kahwin Harris Anuar mula jaga batas, elak bersentuhan dengan pelakon wanita

Ezaidi berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media drama Satu Hari Nanti yang diadakan di The Curve, Mutiara Damansara pada Selasa.

Dalam pada itu, Ezaidi berkata, dia memegang prinsip itu bagi mendapatkan keberkatan dalam mencari rezeki.

Jelasnya, dia mahu menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim dan enggan terjebak dengan pelbagai masalah di kemudian hari.

Saya tidaklah meletakkan macam-macam syarat untuk berlakon cuma saya menitikberatkan bab-bab agama.

EZAIDI AZIZ

PELAKON

"Saya pegang satu prinsip iaitu bekerja untuk mencari keberkatan. Kalau kita buat perkara tidak berkat, saya takut rezeki yang kita dapat itu jadi tidak berkat.

"Bila tak berkat inilah yang menimbulkan pelbagai masalah, contohnya mungkin terlibat dengan cinta lokasi.

"Saya percaya ini semua rezeki dari Allah. Saya bukan nak jaga hati sesiapa tetapi saya nak jaga hati yang di atas (Allah)," ujarnya.

Ezaidi bagaimanapun menjelaskan dia akan cuba untuk berkomunikasi dengan pengarah agar tidak melakonkan babak melibatkan sentuhan dengan wanita melainkan beralas.

Menurut Ezaidi, dia percaya babak romantis boleh dilakukan dengan hanya menggunakan taktik kamera tanpa perlu melakukan aksi berlebihan.

Ezaidi mempunyai prinsip dalam menerima sebarang tawaran berlakon.

Ezaidi mempunyai prinsip dalam menerima sebarang tawaran berlakon.

"Alhamdulillah sepanjang saya menjadi pelakon saya bekerjasama dengan produksi yang tidak meminta babak-babak seperti bersentuhan dengan perempuan.

"Saya akan cuba elak dan bercakap dengan pengarah untuk tidak melakukan babak sentuhan dengan perempuan.

"Saya akan cuba sebaik mungkin untuk menepis babak-babak yang melibatkan sentuhan ini kecuali jika beralas," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain