suria

Hanya 3 hari seminggu di Malaysia, Shila Amzah berkorban ulang-alik ke China demi keluarga

Shila mahu lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga.

JIKA tiada sebarang keperluan, penyanyi Shila Amzah tidak akan keluar rumah dan menghabiskan masa sepenuhnya dengan keluarga.

Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 34, berkata, tuntutan kerja selain terpaksa berulang-alik ke luar negara membuatkan dia lebih menghargai masa bersama suami dan anak-anak.

"Ogos, September dan Oktober adalah bulan yang sibuk bagi saya. Dari Shanghai-Wuxi (China) ke Malaysia, kemudian ke Bali (Indonesia) dan balik Malaysia kemudian saya perlu ke China lagi.

Shila terpaksa berkorban buat keluarga tercinta.

Shila terpaksa berkorban buat keluarga tercinta.

"Memang seminggu dalam tiga atau empat hari sahaja di rumah kemudian terbang semula ke luar negara untuk urusan kerja.

"Disebabkan itu, jika tidak sebarang keperluan saya tak rasa nak keluar langsung, hanya mahu bersama anak-anak saya," katanya.

Shila berkongsi perkara itu ketika menjawab soalan diajukan pengikut di Instagram miliknya yang mahu mengetahui caranya membahagikan masa antara keluarga dan karier.

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah kembali ke China, sertai pertandingan 'Singing With Legends'

ARTIKEL BERKAITAN: Memori lama tapi semangat baharu, Shila Amzah buat 'comeback' selepas 10 tahun tak bertanding di China

Dalam pada itu, Shila berkata, walaupun jadualnya padat namun pengorbanan dilakukan adalah demi keluarga tercinta.

Shila juga bersyukur apabila anak sulungnya, Seth Uwais sudah memahami tugasnya sebagai seorang penghibur dan sering berjauhan.

"Itulah saya terpaksa berkorban tetapi saya bersyukur Alhamdulillah anak lelaki saya Seth sudah faham dan pandai buat panggilan video.

Shila terpaksa berulang-alik ke China untuk urusan kerja.

Shila terpaksa berulang-alik ke China untuk urusan kerja.

"Saya rindu juga pada Rhea (anak perempuan), rindu bau 'masam' dia namun pada akhirnya saya lakukan pengorbanan ini semua ini buat keluarga hanya kerana Allah," ujarnya.

Pada Isnin lalu, Shila memaklumkan dia bakal bertanding dalam sebuah program televisyen di China iaitu Singing With Legends musim keenam.

Kata Shila, penyertaan dalam program tersebut adalah langkah untuk terus mengembangkan dan mengukuhkan kerjaya seni di peringkat antarabangsa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain