suria

[V] Bella Astillah jaga batas dengan aktor lelaki, set penggambaran punca hubungan jadi rapat

SUDAH tiga kali bergandingan bersama Ezaidi Aziz, aktres Bella Astillah berkata dia meletakkan batas ketika di set penggambaran agar tidak wujud perasaan di antara pelakon.

Menurut Bella atau Dayang Ara Nabella Awang Astillah, 30, dia berbuat demikian kerana tidak menafikan ikatan hubungan antara pelakon menjadi lebih akrab sekiranya mereka bekerjasama dalam jangka masa panjang.

"Saya rasa apabila menjadi seorang pelakon, perasaan hormat itu paling penting kerana apabila berada di set penggambaran perlu ada batas terutamanya antara perempuan dan lelaki.

"Sewaktu menjalani penggambaran drama ini, saya rasa seperti sudah kerap kali berlakon dengan Ezaidi dan kami sudah mula berkomunikasi seperti rakan dengan membahasakan diri 'kau aku'.

Bella tidak berhubung dengan pelakon lelaki selepas waktu bekerja.

Bella tidak berhubung dengan pelakon lelaki selepas waktu bekerja.

"Saya tidak nafikan semakin lama di set penggambaran wujud bonding (ikatan) di antara kami. Jadi macam mana nak elakkan wujud perasaan, kita mulakan dengan panggilan," katanya kepada mStar.

Menerusi drama Satu Hari Nanti, Bella bakal bergandingan bersama Ezaidi yang memegang watak sebagai pelakon uama.

Kata Bella, dia tidak mempunyai masalah untuk berlakon bersama memandangkan mereka sudah rapat seperti sebuah keluarga.

Bella berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media drama Satu Hari Nanti yang diadakan di The Curve, Mutiara Damansara pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bukan niat putus silaturahim, Bella Astillah ada sebab larang keluarga Aliff Aziz berhubung dengan anak-anak

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah pesan Ayden hormati wanita, anak 'cahaya' ketika dalam kegelapan

Tambahnya lagi, mereka menjalinkan hubungan profesional sebagai rakan artis dan tidak pernah berhubung selepas habis waktu bekerja.

"Saya dan Ezaidi sudah saling mengenali, kami tidak mempunyai masalah untuk berlakon sama.

"Apa-apa sahaja keperluan biar dibincang di tempat bekerja (lokasi penggambaran) sahaja. Di luar, kalau nak keluar berjalan-jalan bersama memang tidak pernah. Alhamdulillah.

Saya rasa apabila menjadi seorang pelakon, perasaan hormat itu paling penting.

BELLA ASTILLAH

PELAKON

"Kita hanya manusia biasa, jadi kita sendiri yang perlu kawal perasaan itu. Selagi boleh kawal, kita kawal," ujarnya.

Selain Bella dan Ezaidi, drama Satu Hari Nanti turut dibintangi barisan pelakon termasuk Eyka Farhana, Shahidan Izwan, Fazlina Ahmad Daud, Luqman Hafiz dan ramai lagi.

Drama tersebut mengisahkan tentang seorang pemuda mualaf berbangsa Cina iaitu Noah Lee (lakonan Ezaidi) yang mengalami kekecewaan dalam percintaan.

Bella (kiri) bergandingan bersama Ezaidi dan Eyka (kanan) dalam drama Satu Hari Nanti.

Bella (kiri) bergandingan bersama Ezaidi dan Eyka (kanan) dalam drama Satu Hari Nanti.

Noah mula menyibukkan dirinya dengan melakukan kerja-kerja kebajikan dan bertemu dengan seorang wanita bernama Marissa Safiyyah (lakonan Eyka).

Semangat juang yang tinggi dalam menyuarakan hak wanita membuatkan Noah jatuh hati kepadanya.

Namun siapakah wanita bernama Aulia Jane (lakonan Bella) dalam hidup Noah?

Satu Hari Nanti bakal menemui penonton di platform penstriman digital Iqiyi bermula 18 September ini, pukul 9 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain