suria

Sakit pinggang ketika bersenam, rupanya Sharifah Zarina diserang penyakit batu karang dalam buah pinggang 

Zarina memaklumkan dia mengalami penyakit batu karang dalam buah pinggang.

PENYANYI Sharifah Zarina dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di ibu negara pada Isnin lalu akibat mengalami penyakit batu karang dalam buah pinggang.

Zarina atau Sharifah Zarina Wan Hassan, 42, memaklumkan penyakit tersebut menyerang kedua-dua belah buah pinggangnya sehingga membengkak.

Cerita Zarina, dia tiba-tiba berasa sakit pada bahagian perut dan pinggang ketika sedang bersenam dan keadaannya semakin teruk sebelum mengambil keputusan ke hospital.

Copy of Untitled - 2024-09-11T103344.542

Zarina mengalami sakit perut yang melampau sehingga wajahnya bertukar pucat.

"Isnin pagi macam biasa saya joging dan sarapan. Tiba-tiba sakit menyerang bahagian perut dan pinggang.

"Ingatkan angin sebab saya minum susu tapi makin lama, makin teruk sampai muka jadi biru.

"Terus saya dikejarkan ke hospital dan CT Scan nampak batu karang pada bahagian kiri dan kanan buah pinggang sampai bengkak," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Zarina buat comeback, muncul lagu baharu wakili generasi 4 series... Bagi mesej ‘40 masih muda’

ARTIKEL BERKAITAN: Percutian Sharifah Zarina berakhir di hospital, wajah suami bertukar pucat selepas makan durian

Zarina menceritakan detik cemas itu menerusi hantaran video di Instagram miliknya pada Rabu.

Susulan itu, Zarina memberitahu dia menjalani pembedahan membuang batu karang di kedua-dua belah buah pinggangnya.

Bagaimanapun, pembedahan hanya berjaya dilakukan pada bahagian buah pinggang kiri manakala sebelah kanan pula akan dijalankan dalam tempoh dua minggu lagi.

2841648

Zarina tidak menyangka segalanya berlaku begitu pantas.

"Sebelah kiri dah berjaya dikeluarkan tinggal sebelah kanan lagi. Selepas dua minggu kena datang semula untuk buang," jelasnya.

Terkejut dengan keadaan kesihatannya, Zarina memberitahu semuanya berlaku dengan begitu pantas sehingga masih belum dapat menghadam situasi menimpanya.

"Betapa cepat berlaku sampai saya sendiri tak percaya. Dalam masa beberapa jam saja semua benda ini berlaku.

"Kun Faya Kun. Benar kehendak Allah itu tiada yang mampu melawan," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain