PENYANYI Harris Baba bersyukur selepas berjaya memikat hati penyanyi terkenal Akon mengadakan konsert di Malaysia dan Singapura pada penghujung tahun ini. Lebih membanggakan, Harris memberitahu syarikatnya iaitu Jeeharis Entertainment menjadi satu-satunya penganjur yang berjaya memujuk penyanyi berkenaan. "Perancangan bawa Akon dibuat sejak Disember tahun lalu dan kami mengambil masa lapan bulan untuk mendapatkannya menerusi ejen dan pihak pengurusan Akon. Lapan bulan Harris usaha dapatkan Akon. "Macam-macam perubahan terpaksa dibuat dari segi jadual persembahan sehingga akhirnya ia diputuskan pada November depan. Alhamdulillah ini adalah satu kejayaan besar. "Paling unik mengenai konsert ini, syarikat saya satu-satunya penganjur yang berjaya menganjurkan konsert Akon di dua buah negara dalam masa sebulan," katanya menerusi satu kenyataan kepada mStar. Dalam pada itu, Harris, 33, berkata, penganjuran Akon The Superfan Tour in Malaysia dilihat sebagai satu nikmat rezeki terbesar buat dirinya dan syarikat. Malah usahanya bersama rakan kongsi selama lapan bulan untuk mendapatkan Akon akhirnya berbaloi. ARTIKEL BERKAITAN : Harris Baba kembali ke Singapura, sembilan bulan tak jumpa isteri dan anak-anak ARTIKEL BERKAITAN: “Syukur isteri beri kepercayaan” - Harris Baba ulang-alik KL-Sabah setiap minggu "Akon adalah artis antarabangsa pertama syarikat saya dan ini benar-benar nikmat yang besar, Alhamdulillah. "Sudah tentu dengan pasukan saya dan rakan kongsi, kami bekerja keras selama lapan bulan dan memang menantikan detik istimewa ini," ujarnya. Sebelum ini Haris berjaya menganjurkan lima acara utama di Sabah antaranya Borneo Mega Raya Fest 2023, Mari Makan Minum 2023 dan Borneo Mega Raya Fest 2024. Tidak terhenti di situ, Haris pernah menganjurkan dua konsert dalam satu bulan iaitu dua kumpulan dari Indonesia iaitu Armada Band dan Ungu. Syarikat saya satu-satunya penganjur yang berjaya menganjurkan konsert Akon di dua buah negara dalam masa sebulan. HARRIS BABA PENYANYI Menurut penyanyi lagu Katakan itu, pengalaman menganjurkan pelbagai acara sebelum ini bersama pasukannya digunakan sebaiknya dalam menjayakan Akon The Superfan Tour Live in Malaysia & Singapore. Dalam perkembangan lain, Harris berkata, dia merancang untuk membawa dan menganjurkan lebih banyak konsert hebat artis ternama di Malaysia dan Singapura. “Setakat ini, satu-satunya artis antarabangsa yang saya bawa ialah Akon. Tetapi saya menjanjikan senarai artis antarabangsa terbaik yang akan mengadakan persembahan sehingga tahun 2025. “Saya juga sudah pun merancang sepanjang tahun depan insya-Allah, kami boleh membawa masuk ramai lagi artis ternama untuk lakukan konsert di Kuala Lumpur dan Singapura jelasnya,” katanya. Konsert Akon akan diadakan pada November depan. Akon The Superfan Tour in Malaysia bakal berlangsung pada 19 November 2024 di Mega Star Arena Kuala Lumpur. Penyanyi lagu Don't Matter itu kemudiannya akan menghiburkan peminat di Arena @ Expo Hall 7 di Singapura pada 20 November 2024. Penjualan tiket untuk menyaksikan konsert Akon di kedua-dua lokasi mula dibuka secara pra jualan bermula 18 dan 19 September ini sebelum dijual secara terbuka pada 20 September. Tiket bagi Akon Live in Malaysia boleh dibeli menerusi www.ticket2u.com dan Akon Live in Singapore di www.sistic.com.sg. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!