PELAKON Fify Azmi memberi bayangan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan aktor Niezam Zaidi. Perkongsian video mesra bersama Niezam dengan menggunakan lagu daripada kumpulan Armada iaitu Buah Hati sudah cukup membuatkan ramai percaya mereka mempunyai hubungan istimewa. Walaupun tidak pernah berkongsi kisah percintaan mereka secara umum namun kapsyen ditulis Fify atau Nur Afiqah Mohamed Azmi, 34, seperti mengesahkan perkara tersebut. Fify dan Niezam dilihat mesra bersama. "Hanya kita berdua," tulisnya ringkas. Fify berkongsi perkara itu menerusi hantaran di TikTok miliknya pada Selasa. Dalam pada itu, Fify sempat membalas salah satu komen peminat yang bertanya sama ada dia memang tertarik dengan lelaki 'bad boy'. Jelasnya, Niezam bukan individu seperti dinyatakan sebaliknya seorang lelaki yang baik. ARTIKEL BERKAITAN : Dituduh tak puas enjoy punca tak jadi kahwin Nafiez Zaidi, Fify Azmi jawab berkeras mahu berpisah - “Tak perlu buka aib sesiapa” ARTIKEL BERKAITAN: Nonny Nadirah umum hubungan cinta berakhir di hari lahir Niezam Zaidi... impian naik pelamin tak kesampaian - “Perkahwinan kami dibatalkan” Dia (Niezam) bukan 'bad boy'. Dia lelaki yang baik. My good man insya-Allah," jelasnya. Menjengah ke ruang komen, rata-rata pengikut aktres tersebut teruja dengan kebahagiaan pasangan tersebut. Malah ramai mendoakan agar hubungan mereka sampai ke jinjang pelamin. "Tak sangka, tapi comel. Semoga bahagia. Fify anggap Niezam seorang lelaki yang baik. "Dua manusia yang dilukai, disatukan. "Wah Fify dengan Niezam Zaidi, tahniah korang! Halal terus please," tulis netizen. Sebelum ini, Fify pernah menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon Nafiez Zaidi namun hubungan mereka berakhir dengan perpisahan. Manakala Niezam juga mengalami nasib sama selepas pernah bercinta dengan aktres Nonny Nadirah pada 2020 meskipun sudah merancang untuk berkahwin. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!