MENTERI Komunikasi iaitu Fahmi Fadzil menjelaskan isu membabitkan tiga penyampai radio Hot FM yang didakwa mempersendakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan di bawah agensinya. Menjawab ringkas, Fahmi sebaliknya meminta perkara tersebut diajukan kepada pihak pengurusan stesen radio berkenaan iaitu Media Prima Berhad. "Ini boleh rujuk dengan Media Prima, ia bukan agensi saya," katanya menjawab soalan media. Video yang tular menimbulkan pelbagai reaksi pendengar. Fahmi memberi maklum balas itu dalam sidang media minggu kementeriannya yang berlangsung di Putrajaya pada Rabu. Pagi Isnin lalu, tular video menyaksikan penyampai Hot FM iaitu Khairy Jamaluddin (KJ) didakwa sengaja mempersendakan manifesto yang pernah dibuat oleh Anwar dalam kempennya sebelum ini. Dalam satu rakaman berdurasi 38 saat, KJ mempromosi dirinya untuk diundi sebagai Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-36. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tular video KJ didakwa sindir PM... Johan serah kepada pengurusan radio, hanya jalankan tugas ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah antara peserta Muzikal Lawak Superstar 4, Anna Jobling pula duduk di kerusi juri KJ memberitahu dia akan belanja makan sekiranya dia memenangi trofi kategori berkenaan. Gurauan spontan KJ itu disambut dengan gelak tawa rakan penyampai iaitu Johan dan Fara Fauzana. Ramai yang kurang senang dengan perbualan mereka ketika itu yang mengendalikan segmen berkenaan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!