HARGA rumah yang dikatakan terlalu tinggi membuatkan pelakon Diana Danielle tidak berhasrat untuk membeli kediaman buat masa ini. Kata Diana atau Diana Danielle Beeson, 33, dia bimbang terpaksa menanggung kerugian jika tiada pembeli sekiranya mahu menjual semula aset tersebut. "Nak jual semula tak ada pembeli dan akhirnya menanggung kerugian. Beli emas sahaja tak sakit hati," katanya. Diana berkongsi pendapat di aplikasi X. Diana berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman X miliknya. Dalam pada itu, Diana juga menyifatkan harga yang ditetapkan terlalu tinggi tidak sepadan dengan keluasan kediaman yang ditawarkan. "Tak ada selera nak beli rumah di Malaysia sekarang, semua saiz kotak kasut harga setengah juta," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle terkejut dituduh punca Abang Bas ditahan polis, lantang bersuara bukan sebab mahu perhatian ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle puas hati Abang Bas kena tahan polis, bengang kanak-kanak dijadikan ‘content’ media sosial Perkongsian yang dibuat oleh pelakon drama adaptasi She Was Pretty itu turut mendapat pelbagai reaksi netizen yang bersetuju dengan kenyataan tersebut. "Harga rumah tak masuk akal terutamanya dekat Johor Bahru, tapak teres buka setengah juta, siapa mampu beli selain warga Singapura? "Itulah beli kondominium paling murah harga hampir sama macam beli rumah teres," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!