PERKONGSIAN video pelakon Abby Abadi memeluk seorang model mirip anak perempuannya iaitu Marissa Dania mengundang rasa sebak netizen. Menerusi hantaran itu, Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 47, dilihat menjalani penggambaran bersama model dikenali sebagai Era Sazeli untuk sebuah jenama pakaian. Tanpa berselindung, Abby menyifatkan wajah Era saling tidak tumpah dengan anak perempuannya iaitu Marissa. Abby tidak dapat menahan rasa rindunya apabila memeluk Era. Malah pelakon itu turut bertindak memeluk gadis berkenaan dek tidak dapat menahan rasa rindu terhadap anak perempuannya. "Tinggal lagi beberapa helai baju, baru saya perasan wajah adik ini macam anak saya. "Pada hujung video saya peluk dia sebab tiba-tiba datang rindu, hanya rindu," katanya. Abby menulis perkara itu menerusi kapsyen di Instagram pada malam Rabu. ARTIKEL BERKAITAN: Luahan Abby Abadi sentuh hati orang ramai, Marissa tinggal komen minta balas WhatsApp ARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi tak tahu anak bersalin bayi pra matang, masih belum ada khabar berita daripada Marissa Sementara itu, rata-rata netizen bersetuju dengan Abby malah ada yang turut sama bersedih membaca luahan hati pelakon itu. Sebelum ini, Marissa dilaporkan bersalin secara pra matang namun bayi itu tidak bertahan lama apabila meninggal dunia selepas dilahirkan. Abby memaklumkan dia tidak mengetahui kematian cucu sulungnya malah dia tidak mendapat sebarang berita daripada Marissa berhubung perkara itu. Susulan itu ramai yang membuat andaian hubungan Abby dan anaknya masih bermasalah walaupun sebelum ini dilihat sudah kembali jernih. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!