suria

Potongan rambut disamakan macam girlfriend Popeye, Intan Najuwa tetap bahagia - “Paling penting suami suka”

Intan enggan ambil peduli dengan komen netizen mengenai penampilannya.

POTONGAN rambut disamakan dengan karakter kartun popular Popeye iaitu Olive Oyl, pelakon Datin Intan Najuwa tidak ambil pusing dengan apa diperkatakan netizen mengenai penampilannya.

Apa lebih penting kata Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, gayanya memenuhi citarasa suaminya iaitu Datuk Ahmad Azraf Azman.

"Saya tak kisah macam girlfriend Popeye ke, macam girlfriend Shrek ke... Yang penting saya gembira rambut panjang atau pendek.

Copy of Untitled - 2024-09-12T131536.990

Intan berkongsi perkara itu menerusi sesi siaran langsung di TikTok.

"Saya tak guna duit anda untuk gunting rambut dan paling penting suami saya suka. Saya tak perlu minta kebenaran anda atau suami anda pun," katanya.

Intan meluahkan perkara itu menerusi siaran langsung di TikTok susulan ada pengikut yang menegur gaya potongan rambut pendek tidak sesuai dengannya.

Malah individu itu menyamakan wajah Intan berambut pendek seperti Olive Oyl.

ARTIKEL BERKAITAN: Hadiah paling bermakna dalam hidup, Intan Najuwa umum bakal timang anak perempuan

ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa gembira umum bakal timang anak perempuan, tapi netizen pula ‘kacau mood’ pertikai imbasan jantina bayi

Dalam pada itu, Intan memberitahu dia bahagia dengan caranya sendiri tanpa perlu mengikut telunjuk sesiapa.

"Biarlah macam girlfriend Popeye ke apa, asalkan saya bahagia. Hati saya tenang dan tidak ada hasad dengki.

"Saya tak pernah kacau orang atau busuk hati dengan orang," ujarnya.

2869666

Intan tidak berkenan dengan cara netizen menegurnya.

Sementara itu, pelakon itu turut menegur orang ramai untuk lebih beradab ketika memberi teguran atau nasihat kepadanya.

Jelas Intan, teguran diberikan perlulah berpada-pada agar tidak menyinggung perasaan orang lain.

"Anad tak kenal orang itu tapi cakap fasal orang itu. Perlu belajar mengenai adab.

"Mungkin kena belajar juga cara nak tegur orang yang anda tak kenal. Tak semua orang kawan kita," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain