suria

Sentuhan Naim Daniel menjadi, kekuatan emosi Nabila Razali dalam ‘Tangis’ jentik hati pendengar

Lagu nyanyian Nabila sekali lagi berjaya menambat hati peminat.

PENYANYI Nabila Razali sekali lagi berjaya mencuri hati pendengar menerusi lagu terbaharu berjudul Tangis ciptaan komposer terkenal Naim Daniel.

Kata Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 32, lagu nyanyiannya itu mampu membangkitkan emosi sekali gus menjadikan ia sebagai lagu 'wajib' dengar peminat.

“Lagu ini memiliki kekuatan untuk menyentuh hati setiap pendengar yang mendengarkannya. Lagu ini mampu membangkitkan pelbagai emosi dan memberikan keselesaan kepada mereka yang mendengar.

nabila1 - 1

Lagu Tangis berjaya mengusik emosi pendengar.

"Saya percaya bahawa melodinya yang mendayu serta lirik yang mendalam menjadikan lagu ini mampu meresap ke dalam jiwa pendengar.

"Dengan penerimaan yang positif, lagu ini boleh dianggap sebagai lagu wajib didengar yang mampu mencipta ikatan emosi erat antara peminat muzik dan penyanyi," katanya.

Dalam pada itu, lagu Tangis turut dipilih menjadi runut bunyi bagi drama siri Bawah Payung Awam yang dilakonkan oleh Nabila dan Ben Amir.

ARTIKEL BERKAITAN: Didenda RM480 ibu pandu kereta tanpa cukai jalan... Nabila Razali tampil mohon maaf, harap jadi pengajaran kepada masyarakat

ARTIKEL BERKAITAN: Belajar melepaskan demi kebahagiaan orang lain, maksud pengorbanan buat Nabila Razali

Bait-bait lirik serta melodi lagu tersebut dilihat seiring dengan plot drama yang mampu meruntun jiwa penonton.

"Keserasian antara lagu Tangis dan plot drama yang disusun cermat secara keseluruhannya menjadikan setiap episod drama ini semakin bermaka sekali gus berjaya bermain dengan emosi penonton.

"Penonton dapat merasai setiap detik kehidupan watak-watak dalam siri Bawah Payung Awan dengan lebih mendalam dan hanyut dengan jalan cerita yang dipaparkan," ujarnya.

nabila2 - 1

Nabila digandingkan bersama Ben (kanan) dalam drama Bawah Payung Awan.

Tangis merupakan kerjasama di antara Nabila Razali Entertainment, Universal Music Malaysia dan Global Keynote.

Lagu yang sudah dilancarkan sejak 15 Jun lalu ini berjaya mendapat lebih 100,000 penstriman di platform Spotify serta 100,000 tontonan di YouTube.

Lebih membanggakan, drama Bawah Payung Awan juga menjadi antara drama yang mendapat tontonan teratas di platform Viu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain