PELAKON Datin Intan Najuwa menyifatkan suami tercinta iaitu Datuk Ahmad Azraf Azman sebagai seorang lelaki yang luar biasa. Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, berkata, dia juga percaya Azraf mampu menjadi seorang bapa terbaik buat anak mereka yang bakal dilahirkan tidak lama lagi. "Untuk suami saya yang tak lama lagi bakal bergelar bapa untuk anak kami... Awak seorang yang luar biasa! Intan menulis perkara itu menerusi hantaran di InstaStory. "Saya percaya awak akan jadi bapa hebat untuk anak-anak kita," katanya. Intan meluahkan kata-kata romantis itu buat suaminya menerusi hantaran di Instastory miliknya. Dalam pada itu, Intan menjelaskan sikap bertanggungjawab dimiliki Azraf sama seperti dengan bapanya. Disebabkan itu dia bersyukur dengan kasih sayang dan keprihatinan ditunjukkan Azraf terhadapnya selama ini. ARTIKEL BERKAITAN: Potongan rambut disamakan macam girlfriend Popeye, Intan Najuwa tetap bahagia - “Paling penting suami suka” ARTIKEL BERKAITAN: Hadiah paling bermakna dalam hidup, Intan Najuwa umum bakal timang anak perempuan "Cara awak banyak mengingatkan saya kepada ayah saya sendiri... Kesungguhan awak menjaga saya. "Saya boleh nampak yang awak tengah 'melangkah' menjadi seperti dia. Terima kasih untuk segala kasih sayang yang awak berikan," ujarnya. Untuk rekod, Intan sah bergelar isteri kepada Azraf pada 18 Ogos tahun lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!