suria

Netizen dah baik, kali ini puji Ira Kazar kunci mulut isu cerai... “Bagus tak meroyan buka cerita rumah tangga”

Ira dipuji kerana tidak membuka mulut tentang kisah rumah tangga.

TINDAKAN Ira Kazar terus mengunci mulut mengenai punca perpisahannya dengan pengarah Syamsul Yusof dipuji netizen.

Malah, menerusi perkongsian terbaharu di Instagram, Ira atau Faghira Fatini Kazaruddin, 29, seperti memberi gambaran memilih untuk merahsiakan kemelut rumah tangga daripada pengetahuan umum.

"Sesetangah perkara lebih baik dibiarkan sahaja tanpa dibicarakan," katanya menerusi satu hantaran di laman berkenaan.

ira1 - 1

Ira menerima sokongan daripada netizen di media sosial.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik beberapa keping foto ketika menjalani sesi fotografi pakaian.

Perkongsian anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi itu meraih pujian netizen kerana tidak bercerita mengenai masalah rumah tangga yang sedang dilalui.

"Suka cara dia (Ira), tak buka mulut menyalak sana sini. Tak buka cerita rumah tangga, tak bersuara di Instagram dan tak meroyan nak saman sana-sini.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Wujud pelanggaran taklik sebanyak 5 kali, Syamsul dan Ira Kazar sah cerai talak satu

ARTIKEL BERKAITAN: Ira Kazar fail pengesahan lafaz taklik, ada kaitan dengan hantaran di media sosial

"Terima kasih kerana tidak 'mengacau' industri media dengan drama-drama yang tidak perlu.

"Dari dulu lagi saya memang suka cara Ira. Stay classy, tak perlu nak campur dengan drama-drama meroyan itu," tulis netizen.

Pada 5 September lalu, Ira dan Syamsul sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, Selangor.

ira2 - 1

Ira dan Syamsul bernikah pada Januari lalu dan bercerai pada 5 September 2024.

Mahkamah mengesahkan berlakunya talak selepas wujud pelanggaran taklik sebanyak lima kali oleh Ira sejak 14 Ogos lalu.

Hakim Syarie, Mohd Faizal Habib membuat keputusan itu selepas meneliti semua dokumen pengesahan lafaz taklik yang difailkan Ira pada 21 Ogos lalu.

Untuk rekod, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand dan pasangan itu dilaporkan mendaftarkan perkahwinan mereka di Perlis pada 20 Januari 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain