TERSIMPAN rasa sedih dalam hati penyanyi baharu Amir Hariz kerana Allahyarham ibu tercinta tidak dapat menyaksikan sendiri namanya semakin dikenali ramai. Mengakui separuh jiwanya hilang sejak pemergian ibu, Amir, 29, bangkit melawan kesedihan apabila tampil dengan single terbaharu berjudul Teratas sejak Ogos lalu. "Bukan mudah melalui kehilangan, saya harap agar ibu sempat melihat kerjaya seni saya yang sedang bergerak di landasan betul. Amir reda dengan pemergian ibunya. "Tapi saya reda dengan segala ketentuan termasuk apa yang dirancang itu tidak kesampaian. "Sejauh dan setinggi mana kita pergi, kedudukan ibu tetap paling atas. Itu saya cuba luahkan dalam lirik lagu Teratas," katanya menerusi kenyataan kepada mStar. Dalam pada itu, Amir memberitahu lagu berkenaan sudah lama siap namun menggubah semula selepas pemergian ibunya. ARTIKEL BERKAITAN: Amir Masdi belum sedia bercinta, bukan masa sesuai untuk ada kekasih ARTIKEL BERKAITAN: Hanya 3 hari seminggu di Malaysia, Shila Amzah berkorban ulang-alik ke China demi keluarga Kata Amir, dia memasukkan elemen piano dalam gubahan baru agar dapat menjentik hati pendengar yang mungkin senasib dengannya. "Asalnya lagu ini dalam versi akustik tapi selepas pemergian ibu, saya ubah semula dengan memasukkan elemen piano," ujarnya. Memulakan perjalanan seninya sebagai seorang komposer, Amir bersyukur apabila lagunya menerima sambutan hangat sehingga mencatatkan jutaan pendegar di platform digital. Amir bersyukur karyanya diterima baik masyarakat. Mengakui perjalanan seninya sukar, namun itu tidak mematahkan semangat Amir untuk terus berkarya. "Bila menghasilkan karya sendiri pasti ada cabaran tersendiri. Ada karya akan disukai oleh pendengar dan ada pula sebaliknya. "Saya tidak putus asa dengan apa yang berlaku memandangkan itu merupakan naik turun dalam berkarya," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!