SUDAH lama berada dalam industri muzik nasyid, kumpulan Raihan menyifatkan tiada keperluan buat mereka menghasilkan karya terbaharu. Kata salah seorang anggotanya iaitu Che Amran atau Che Amran Idris, 56, kekuatan lagu-lagu sedia ada menyukarkan peminat untuk menerima karya baharu daripada mereka. “Saya rasa tiada keperluan untuk kami buat lagu atau album baharu. Kami dah banyak koleksi lagu, dan orang ramai pun dah tahu lagu-lagu kami. Che Amran ketika ditemu bual mStar baru-baru ini. “Peminat pun dah sebati dengan lagu yang sedia ada seperti hafalan kanak-kanak atau Iman Mutiara. “Mereka tetap mahu Raihan yang dulu. Kalau persembahan pun peminat nak tengok kami menyanyi lagu-lagu lama,” katanya kepada mStar. Selain Che Amran, kumpulan nasyid legenda itu turut dianggotai Abu Bakar Yatim dan Amran Ibrahim. ARTIKEL BERKAITAN: Raihan dapat layanan VVIP di luar negara, disambut dengan limosin dan hotel 5 bintang ARTIKEL BERKAITAN: Konsert Garis Masa Raihan ketengah elemen rock, Amy Search muncul sebagai penyanyi undangan Sedar proses menghasilkan lagu bukan mudah, Che Amran menjelaskan kumpulannya tidak sanggup untuk melalui fasa berkenaan sekali lagi. Malah, dia juga yakin tidak akan ada lagu baharu yang mampu menandingi kehebatan karya Raihan yang terdahulu. “Kalau buat lagu baharu kami terpaksa buat semua benda dari peringkat awal. Buat semua dari A sampai Z. Peminat masih menggemari karya-karya lama nyanyian Raihan. “Kalau berjaya pun lagu baharu itu, ia mungkin tak setanding dengan lagu-lagu lama kami,” jelasnya. Bagaimanapun, Raihan tetap tetap terbuka untuk melakukan pembaharuan dalam setiap penampilan mereka. “Mungkin pembaharuan yang boleh kita lakukan dari persembahan, susunan muzik dan nyanyian. Tapi masih Raihan yang sama menyanyi,” ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!