PENERBIT Ayu Puteh berharap anak perempuannya iaitu Wanna Ali segera berkahwin susulan muncul pelbagai gosip tidak baik tentang pelakon berkenaan. Ayu atau Normashayu Puteh, 48, berkata, dia tidak suka melihat Wanna terkait dengan kontroversi artis lain sehingga menjejaskan imejnya. “Cepatlah kahwin dik (panggilan Wanna), jangan bujang lama-lama. Ayu harap Wanna cepat kahwin untuk elak kontroversi. “Gosip begini (negatif) tak sukalah,” katanya. Ayu meluahkan perkara itu menerusi satu hantaran di Instastory miliknya pada petang Ahad. Sementara itu, Wanna menerusi temu bual bersama Melodi berkata dia terpaksa menutup ruangan komen Instagramnya. ARTIKEL BERKAITAN: Wanna Ali dituduh tak sensitif kongsi foto bersama Fattah Amin... Salah waktu promosi drama ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Puteh pertahan anak, bengang Wanna Ali dituduh penyondol gara-gara kongsi foto bersama Fattah Wanna berkata perkara itu dibuat kerana dia menerima kecaman hebat selepas dituduh sebagai perosak rumah tangga pasangan Fattah Amin dan Fazura. “Saya tak sangka apa yang berlaku, sebab tiada niat nak cari publisiti atau menumpang kes tengah hangat sekarang. “Malah saya terpaksa tutup ruangan komen IG saya kerana terdapat lebih 700 komen yang melampau,” jelasnya. Perkongsian foto Wanna bersama Fattah mengundang kecaman netizen. Pada Jumaat, Wanna menerima kecaman hebat netizen selepas memuat naik foto bersama Fattah bagi mempromosikan drama lakonan mereka. Lebih teruk Wanna dituduh menjadi orang ketiga dalam hubungan rumah tangga Fattah bersama Fazura. Dakwa netizen, Wanna dilihat seolah-olah sengaja mencari publisiti murahan dengan berkongsi hantaran tersebut pada waktu yang salah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!