suria

Farhan Mustapha juara ‘Gimme The Mic Malaysia 2024’, terima pujian istimewa BCL

Farhan berjaya meraih Grand Champion selepas berentap dengan lima peserta lain.

FINALIS Farhan Mustapha dinobatkan sebagai juara program realiti nyanyian Gimme The Mic Malaysia 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur pada malam Ahad.

Kemenangan itu sekaligus melayakkan dia menbawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 daripada Astro, kira-kira RM8,700 (AS$2,000) daripada TikTok dan sebuah lagu baharu terbitan Rocketfuel Entertaiment.

Pada malam itu, persembahannya menerusi lagu Berhenti Berharap nyanyian asal Sheila On 7 untuk segmen kedua berjaya menyentuh hati juri sehingga menyebabkan penyanyi Bunga Citra Lestari berasa sebak.

NP-210

Farhan dinobatkan sebagai Grand Champion.

Kata Bunga yang juga salah seorang juri tetap, Farhan mempunyai sikap dan personaliti sebagai seorang penyanyi.

“Awak sangat istimewa. Awak ada sikap dan personaliti yang bagus. Saya doakan yang terbaik. Semoga awak berjaya di dalam industri,” katanya.

Selain Farhan, terdapat lima lagi finalis yang berjaya menduduki tempat di Grand Six iaitu Jelly Belly, Shazreen Shaharum, Syaffiq Sahli, Ameerais dan Bulan Asyraff.

ARTIKEL BERKAITAN: Tersentuh nyanyian Bulan Asyraff, sampai BCL pun menangis.. Rupanya sedih adik sedang sakit

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aepul Roza juara The Hardest Singing Show, bawa pulang wang tunai RM150,000

Keenam-enam tersebut membawa pulang trofi dan akan mewakili Malaysia untuk bertanding di peringkat antarabangsa dengan beberapa negara lain.

Sementara itu, Syaffiq Sahli turut membawa pulang wang tunai RM5,000 bagi anugerah Terpaling FYP Freedom Unleashed.

Anugerah pilihan Gimme The Mic Alha Alfa yang membawa pulang RM10,000 pula dimiliki oleh Farhan Mustapha.

NP-211

Antara peserta the grand six.

Untuk rekod, pertandingan Gimme The Mic dianjurkan adalah bagi mencari enam wakil negara untuk bertanding di peringkat antarabangsa.

Program tersebut membariskan juri iaitu Yuna, Bunga Citra Lestari (BCL), Ajai dan Hael Husaini sementara Sherry Alhadad serta Sean Lee bertindak sebagai pengacara.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain