suria

[V] 12 tahun sertai pelbagai program nyanyian, Farhan Mustapha akhirnya juarai ‘Gimme The Mic’… Mahu penuhi permintaan ayah

SELEPAS 12 tahun mencuba dengan menyertai pelbagai pertandingan nyanyian, Farhan Mustapha terkejut dan tidak menyangka dia dinobatkan sebagai juara Gimme The Mic Malaysia musim pertama.

Kata Farhan, 28, ini kerana semua pertandingan yang disertai sejak 2012 itu, dia tidak pernah berjaya apatah lagi menjejakkan kaki ke peringkat akhir.

“Sebenarnya saya memang tidak jangka langsung saya akan menang pertandingan ini. Sebelum ini saya sudahpun masuk banyak program televisyen sejak 2012.

WhatsApp Image 2024-09-16 at 8.57.13 AM-2

Persembahan Farhan berjaya menambat hati juri.

“Ada masuk Bintang RTM, Akademi Fantasi, Mentor Milenia. Akhirnya, rezeki saya dekat program ini. Inilah pencapaian terhebat saya. Lebih kurang 12 tahun mencuba,” katanya kepada mStar.

Farhan berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa sidang media selepas pertandingan akhir Gimme The Mic Malaysia yang diadakan di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, pada Ahad.

Ketika ditanya mengapa mahu menjadi seorang penyanyi, jelas Farhan, dia hanya ingin memenuhi permintaan bapanya.

Katanya yang juga merupakan seorang penebar roti canai, dia sangat terharu kerana usahanya selama ini akhirnya membuahkan hasil.

ARTIKEL BERKAITAN: Farhan Mustapha juara ‘Gimme The Mic Malaysia 2024’, terima pujian istimewa BCL

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Puteri Sarah antara peserta Muzikal Lawak Superstar 4, Anna Jobling pula duduk di kerusi juri

Malah Farhan juga mendedahkan dia sebelum ini pernah menyertai satu syarikat rakaman namun bakatnya tidak dipandang serius dan diketengahkan.

“Apa yang saya buat ini ialah nak sambung dan penuhi permintaan ayah saya. Sebab itu saya tidak pernah putus asa. Ayah memang mahu saya jadi penyanyi.

“Saya pernah sertai syarikat rakaman sebelum ini, tapi mungkin mereka tidak nampak bakat saya. Saya hanya bersabar dan terus mencuba,” ujarnya.

WhatsApp Image 2024-09-16 at 8.57.13 AM

Enam peserta Grand Six yang bakal mewakili negara.

Untuk rekod, Farhan yang dinobatkan sebagai juara pertandingan Gimme The Mic Malaysia 2024 berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 daripada Astro, kira-kira RM8,700 (AS$2,000) daripada Tiktok dan sebuah lagu tajaan Rocketfuel Entertaiment.

Sementara itu, Jelly Belly, Shazreen Shaharum, Syaffiq Sahli, Ameerais dan Bulan Asyraff pula berada di kedudukan Grand Six.

Keenam-enam tersebut membawa pulang trofi dan akan mewakili Malaysia untuk bertanding di peringkat antarabangsa dengan beberapa negara lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain