suria

Mengalir air mata netizen tengok Abby Abadi peluk Marissa, terubat rindu jumpa anak

Abby akhirnya dapat melepaskan rindu pada Marissa selepas bertemu dengannya ketika sambutan hari jadi Marisha.

SEKIAN lama tidak bertemu, pelakon Abby Abadi akhirnya dapat melepaskan rindu berjumpa dengan anak perempuannya iaitu Marissa Dania.

Menurut Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 47, pertemuannya dengan Marissa itu adalah semasa meraikan sambutan ulang tahun kelahiran anak anak ketiganya iaitu Maria Danisha Hakim pada malam Ahad.

Kata Abby, dia terkejut apabila melihat Marissa, 19, turut hadir meraikan majlis berkenaan.

size NP 1 - 2024-09-16T115846.036

Keluarga Abby dan Norman berkumpul raikan sambutan hari jadi Marisha.

"Nak terkejutkan Baby (panggilan Danisha), tapi saya yangg terkejut sebab ada Marissa. Danish (anak sulung) memang selalu ada je di mana-mana.

"Lama tak jumpa anak Mama (panggilan Abby) yang seorang ni, rindu sangat-sangat!" katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada pagi Isnin.

Dalam rakaman video dikongsi itu, Abby dilihat memeluk erat Marissa dan mereka sekeluarga sempat bergambar bersama.

Rata-rata netizen turut terharu dan sebak melihat momen manis berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi tak tahu anak bersalin bayi pra matang, masih belum ada khabar berita daripada Marissa

ARTIKEL BERKAITAN: Model mirip wajah Marissa, Abby Abadi peluk sebab rindu anak

Dalam pada itu, Abby mengucapkan terima kasih kepada Marissa kerana sudi meluangkan masa bertemu dengan keluarga.

"Terima Kasih datang semalam raikan Baby. Datang selalu okay.

"Daiyan, Dayana, Darda semua rindu dan sayang Marissa sangat-sangat! Tak berkurang walau sedikit pun.

"Nanti kita rancang untuk pergi berjalan sama sama okay," ujarnya.

size NP 1 - 2024-09-16T120131.087

Marissa bersama abang dan adiknya.

Abby sebelum ini menerusi Instagram beberapa kali meluahkan rasa rindu terhadap anak perempuannya itu yang kini sudah bergelar isteri kepada Ahmad Aslam.

Untuk rekod, Abby pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor Norman Hakim pada 2002 namun bercerai pada 2009.

Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 21, Marissa Dania Hakim,19, dan Maria Danisha Hakim, 16 tahun.

Abby kemudian bernikah dengan Muhammad Faizal Zakaria pada Ogos 2015 dan dikurniakan seorang anak yang dilahirkan secara pra-matang namun meninggal dunia selepas 70 hari menerima rawatan.

Norman pula berkahwin kali kedua dengan pelakon Memey Suhaiza pada September 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain