suria

Bagai diberi peluang kedua, Farah Lee kongsi detik cemas pesawat dilanda ‘turbulence’ mengejut

Farah luah rasa syukur selepas pesawat dinaiki selamat mendarat selepas alami gelora udara secara mengejut.

PERSONALITI media sosial dan aktivis Farah Lee berkongsi detik cemas semasa penerbangan ke Tashkent, Uzbekistan apabila pesawat dinaiki mengalami gelora udara (turbulence) mengejut.

Menurut Farah, pesawat itu terbang rendah sewaktu kejadian dan keadaan ketika itu sangat mencemaskan.

"Semua orang terangkat tinggi, yang berdiri jatuh terduduk. Cuak macam perasaan sedang naik solero shot dekat taman tema tu.

size NP 1 - 2024-10-01T154027.471

Perkongsian Farah di Instagram miliknya.

"Ada budak-budak yang menangis gigil sebab terkejut. Dia drop je, bukan kapal gegar macam normal gelora udara tu. Dia punya drop tinggi tak boleh buat main," katanya.

Farah berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada petang Selasa.

Bercerita lanjut, Farah bersyukur selepas dia dan penumpang lain selamat mendarat dan merasakan seperti diberi peluang kedua untuk hidup.

Malah influencer itu berkata dia mengalami kesakitan di beberapa bahagian badan selepas keluar daripada pesawat berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Farah Lee kecil hati dituduh ‘makan’ duit sumbangan, pengurusan dana terpampang dalam laman web

ARTIKEL BERKAITAN: Farah Lee bersuara isu gagal lunas hutang arwah bapa, minta bukti tuntutan RM130,000

"Alhamdulillah sekarang kami dah selamat sampai Tashkent. Masa kejadian tadi, memang reda hayat sampai setakat itu sahaja.

"Masa kapal naik semula baru rasa macam diberi peluang hidup yang baru.

"Punya kuat terhempap, keluar sahaja dari pesawat punggung saya sakit disebabkan kejadian yang berlaku, malah siku saya juga lebam" jelasnya.

Sementara itu, Farah memberitahu dia tidak dapat membayangkan perasaan mangsa yang pernah terlibat dalam nahas pesawat dan memohon doa agar Allah sentiasa melindungi semua umat Islam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain